Accessibility Tools

Skip to main content

Pengenalan ePengisian

ePengisian

Pengenalan
ePengisian merupakan Sistem Permohonan Pengisian Jawatan di bawah Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sistem ini membolehkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri membuat pengisian jawatan secara online bagi menggantikan borang PGSPA yang diisi secara manual. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri akan diberikan kata laluan (id) untuk mencapai dan menghantar maklumat PGSPA melalui Portal SPA.

Objektif

  • Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan pengisian jawatan di Kementerian/Jabatan/SUK Negeri.
  • Untuk memudahkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri mengetahui status permohonan pengisian jawatan yang dipohon.

Pengguna

  • Kementerian/Jabatan/SUK Negeri; dan
  • Urus Setia SPA

Permohonan ID Pengguna
Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu melengkapkan Permohonan ID Pengguna dan emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. ID Pengguna akan diemelkan terus kepada pemohon.

Continue reading

Dokumentasi Urusan Pelantikan

Dokumentasi Urusan Pelantikan

Senarai Pekeliling / Surat Yang Dirujuk

Bil. No. Rujukan Dokumen
1.   Perlembagaan Persekutuan
2. P.U.(A) 395 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
3. SPP 1/1998 Kelayakan Penilaian Menengah Rendah Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
4. SPP 1/2002 Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
5. PP 4/2002 Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
6. PP 2/2008 Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (COS)
7. SPP 14/2008 Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara
8. SPP 14/2009 Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam
9. PP 6/2010 Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan yang Sedang Berkuatkuasa Dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan
10. PP 1/2011  Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
11. PP 2/2011 Dasar dan Prosedur Pelantikan  Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam
12. P.U.(A) 1/2012 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
13. PP 6/2012 Perjawatan dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri dan Timb. Menteri
14. JPA.BPO(S)324/1/1-1 JLD.11(7)

Pengiktirafan Penyertaraan Bahasa Melayu Kolej Vokasional Kod 1104 Dan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kod 1103

15. SPP 1/2014 Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berkaitan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
16. PP 1/2014 Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
17. PP 2/2014 Tatacara Pengambilan Secara Pentadbiran Bagi Jawatan Gred 16 Dan Ke Bawah
18. PP 2/2015 Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pegerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum
19. PP1/2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah SSM
20. KPMSP.100-1/7/2 (30) Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.6 Tahun 2016: Penyertaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Dengan Tiga (3) Kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
21. SPP 3/2016 Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
22. JPA/BK(S)173/18 JLD.20 (12) Panduan Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (COS) Untuk Tujuan Pelantikan Secara Tetap
23. Pekeliling SPA 1/2017 Tatacara Pengambilan Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan
24.   Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa

Continue reading

Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

Continue reading

Latihan Separa Perubatan

Syarat Umum

  • 1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?

    Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 2. Saya telah mendapat tawaran Latihan Separa Perubatan. Di manakah tempat saya menjalani Latihan Separa Perubatan?

    Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 19 ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.

  • 3. Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?

    1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun
    2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
  • 4. Saya merupakan pegawai sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan?

    Boleh memohon tertakluk memenuhi syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan 

  • 5. Saya merupakan graduan dalam bidang kejururawatan di kolej swasta. Adakah saya perlu memohon Latihan Separa Perubatan untuk membolehkan saya dilantik sebagai Jururawat dalam sektor awam?

    Tidak perlu. Walau bagaimanapun, pemohon yang merupakan graduan Diploma Kejururawatan dan/atau Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian hendaklah memiliki kelayakan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

  • 6. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya layak memohon Latihan Separa Perubatan?

    Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-spa9).

  • 7. Apakah syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan?

    Pemohon boleh merujuk kepada syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 8. Saya tidak memiliki kelayakan SPM/setaraf. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan.

    Tidak layak. Pemohon boleh merujuk kepada syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Continue reading

Tidak Hadir Bertugas

 Tidak Hadir Bertugas

Tidak Hadir Bertugas

  • 1. Sekiranya seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau SPRM kerana disyaki melakukan jenayah dan telah ditahan reman (yang menyebabkan pegawai tidak hadir bertugas), adakah tindakan tatatertib tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas pegawai tersebut?

    Tidak boleh kerana ketidakhadiran pegawai mempunyai alasan yang munasabah.

    Sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai bagi ketidakhadiran tersebut.

  • 2. Berapakah tempoh yang boleh dianggap tidak hadir bertugas?

    Peraturan 23, P.U.(A) 395/1993 menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

    Tiada tempoh minimum atau maksimum bagi kesalahan Tidak Hadir Bertugas.

  • 3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran Notis (prosedur jika pegawai tidak hadir tanpa cuti dan tidak dapat dikesan)?

    Peraturan 26(5), P.U.(A) 395/1993, menjelaskan jika pegawai kembali bertugas ke pejabat dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.

     
  • 4. Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetik kad perakam waktunya. Pegawai sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?

    Pegawai boleh dikenakan pertuduhan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

     

Continue reading

Hubungi Kami

Alamat & Telefon

Alamat Pejabat

Ibu Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000

Peta Lokasi

2.944974,101.710007

   

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: +6088 488922
Faks: +6088 488920

6.028397,116.118087

   

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching, Sarawak
Telefon: +6082 240011
Faks: +6082 246545

1.532767,110.359266

   

Continue reading

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Continue reading