Permohonan Pekerjaan

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)
- Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
- Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:
a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
-
- Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
b. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) - Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
- Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
- Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
- Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
- Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan):
-
-
- Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA9 dan
- Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA
-
- Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
- Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
- Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
-
- Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
- Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
- Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:
Kelayakan Akademik | Gred Jawatan Yang Boleh Dimohon |
Ijazah Sarjana Muda | Gred 41 |
Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
Gred 41 dan Gred 29 |
Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya | Gred 29 |
Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan SPM/SVM |
Gred 29 dan Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM) dan Gred 19 |
SPM/SVM | Gred 19 dan Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM) |
SPM/SVM dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) |
Gred 19 dan Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM) dan Gred 11 |
- Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
- Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan/ujian. Calon yang lulus dalam peperiksaan/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke peperiksaan/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan peperiksaan/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
- Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga.
- Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9.