Accessibility Tools

Skip to main content

Penetapan Gaji Permulaan

Penetapan Gaji Permulaan

  • 1. Bolehkah pegawai yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman?

    1. Kerajaan melalui Peraturan 25(7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] telah memperuntukkan bahawa penentuan gaji permulaan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada mana-mana tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred jawatan terdahulu.
    2. Manakala Peraturan 25(8) telah memperuntukkan bahawa gaji permulaan ditentukan jika pegawai dilantik pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulu, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
    3. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian/ Jabatan dengan merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2020 – Panduan Penentuan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan Dan Dilantik Ke Jawatan Lain.
  • 2. Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?

    Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

     

Continue reading

Bahagian Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan

  • Objektif

    Memberi khidmat sokongan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan- peraturan yang ditetapkan.

     

  • Piagam Pelanggan

    Kami komited untuk melaksanakan tugas kami dengan segera, adil dan berkualiti untuk memproses perakuan-perakuan urusan perkhidmatan dan menyampaikan keputusan Suruhanjaya berkaitannya dalam tempoh masa (dari tarikh perakuan lengkap diterima) seperti berikut:

    1. Pengesahan Pelantikan - 4 minggu.
    2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan - 6 minggu.
    3. Pemberian Taraf Berpencen - 6 minggu.
    4. Pelanjutan Tempoh Percubaan - 6 minggu.
    5. Penentuan Gaji Permulaan - 6 minggu.
    6. Pertukaran Perkhidmatan - 6 minggu.
    7. Kembali ke Skim Perkhidmatan Terdahulu - 6 minggu.
    8. Penamatan Perkhidmatan - 6 minggu.
  • Aktiviti Utama Bahagian Perkhidmatan

    Bahagian Perkhidmatan menawarkan sepuluh (10) jenis Perkhidmatan kepada Kementerian/Jabatan/pegawai awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
    Pengesahan Pelantikan;

    1. Penentuan Gaji Permulaan;
    2. Pelanjutan Tempoh Percubaan;
    3. Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
    4. Pemberian Taraf Berpencen;
    5. Urusan Pertukaran (Pertukaran Perkhidmatan, Pertukaran Pelantikan, Pertukaran Sementara/Peminjaman, Pertukaran Tetap, Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara/Peminjaman);
    6. Kembali ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu;
    7. Pembatalan Tawaran Pelantikan;
    8. Penamatan Perkhidmatan; dan
    9. Naziran Urusan Perkhidmatan.

    Peraturan-Peraturan :

    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005[P.U.(A) 176/2005];
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    3. Akta 227, Akta Pencen 1980;
    4. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan;
    6. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan;
    7. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap;
    8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2008 - Perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri;
    9. Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan;
    10. Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
    11. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera ke Dalam Perkhidmatan Awam;
    12. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
    13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 – Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia; dan
    14. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 - Dasar baru pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap.
    15. Pekeliling SPA Bil. 3/2014 - Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.
    16. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
    17. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan.
    18. Surat Pekeliling SPA Bil. 2/2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib.
  • Pengesahan Pelantikan

    Suatu proses bagi mengesahkan pelantikan seseorang pegawai yang menerima tawaran pelantikan tetap sesuatu jawatan setelah memenuhi syarat-syarat dalam tawaran pelantikan.

    Punca Kuasa :

    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    6. Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017;
    7. Pandangan Perundangan; dan
    8. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Penentuan Gaji Permulaan

    Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.

    Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:

    1. Pengalaman di sektor swasta;
    2. Pengalaman di sektor awam [Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat (PKS), Skim Perkhidmatan Singkat (SPS), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Talent Acceleration In Public Service (TAPS)]; dan
    3. Sementara.

    Pegawai Sedang Berkhidmat

    1. Peraturan 25(7), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi yang perbezaannya terhad kepada satu pergerakan gaji biasa di gred atau jawatan terdahulu.
    2. Peraturan 25(8), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
    3. Punca Kuasa:
        1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2017;
        2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2012;
        3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
        4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
        5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 [PP 1/2016];
        6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 [PP 36/2013];
        7. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 [PP 2/2013];
        8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 [PP 1/2012];
        9. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 [PP 2/2011];
        10. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 [PP 1/2003;
        11. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 [PP 4/2002];
        12. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 [PP 7/2001;
        13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1979 [PP 4/1979];
        14. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017
        15. Pandangan perundangan; dan
        16. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Pelanjutan Tempoh Percubaan

    Suatu proses bagi melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai yang belum memenuhi syarat untuk disahkan sama ada dengan atau tanpa denda dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.

    Punca Kuasa:

    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    3. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
    4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2000;
    5. Surat Pekeliling Suruhanjaya Bilangan 2 Tahun 2017;
    6. Pandangan Perundangan; dan
    7. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Pengesahan Dalam Perkhidmatan

    Suatu proses bagi mengesahkan perkhidmatan seseorang pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

    Punca Kuasa:

    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    6. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014 ;
    7. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011;
    8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
    9. Pandangan Perundangan; dan
    10. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Pemberian Taraf Berpencen

    Suatu proses bagi memberikan taraf berpencen kepada seseorang pegawai yang telah menolak skim KWSP dan telah disahkan dalam perkhidmatan setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

    Punca Kuasa:

    1. Akta Pencen 1980;
    2. Akta Pencen (Pindaan 1992);
    3. Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
    4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
    6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
    7. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
    8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
    9. Pandangan Perundangan; dan
    10. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Urusan Pertukaran

    Pertukaran Perkhidmatan
    Satu kemudahan tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya untuk membolehkan seseorang pegawai yang pelantikan mereka berada di bawah bidang kuasa SPA bertukar ke satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Pertukaran perkhidmatan boleh dilaksanakan seperti berikut:
    1. Pertukaran dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berbeza dalam perkhidmatan awam am Persekutuan;
    2. Pertukaran dari perkhidmatan awam am Persekutuan ke Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan atau Perlis, atau sebaliknya; dan
    3. Pertukaran dari Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Awam Negeri yang lain yang kuasa pelantikannya ialah SPA.
     
    Punca Kuasa:
    1. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005;
    2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
    3. Ketetapan Suruhanjaya.
     
    Pertukaran Pelantikan
    Satu tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama / berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut:
     
    1. Atas keputusan Kerajaan
      1. berikutan pembubaran agensi awam atau Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang pegawai daripada pihak berkuasa tersebut ditukar lantik ke agensi awam; atau
      2. ke skim perkhidmatan lain berikutan pewujudan, pindaan, penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan.
    2. Atas permohonan pegawai.
     
    Punca Kuasa :
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016;
    2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
    3. Ketetapan Suruhanjaya; dan
    4. Keputusan Kerajaan.
     
    Pertukaran Sementara / Peminjaman
    Salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing.
     
    Punca Kuasa :
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012;
    3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
    4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;dan
    5. Ketetapan Suruhanjaya.
     
    Pertukaran Tetap
    Satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang ditukar sementara atau dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap.
     
    Punca Kuasa :
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
    2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
    3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
    4. Ketetapan Suruhanjaya.
     
    Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara / Peminjaman
    Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPA yang dipinjam ke agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain.
     
    Punca Kuasa :
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
    2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
    3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
    4. Ketetapan Suruhanjaya.
  • Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu

    Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:

    1. Pegawai itu gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu dengan syarat kegagalan pegawai itu bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
    2. Pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhdmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.

    Punca Kuasa :

    1. Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    2. Pandangan Perundangan; dan
    3. Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  • Penamatan Perkhidmatan

    Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut:

    1. Peraturan 48, P.U. (A) 1/2012 iaitu perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya boleh ditamatkan jika:
      1. Menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
      2. Membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2), P.U. (A) 1/2012;
      3. Gagal mematuhi kehendak Peraturan 20(3), P.U. (A) 1/2012 (Surat Aku Janji); atau
      4. Meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubung dengan pelantikannya.
    2. Peraturan 49, P.U. ( A) 1/2012 iaitu pegawai yang gagal tapisan keselamatan dalam tempoh percubaan atau tempoh percubaan yang dilanjutkan boleh ditamatkan perkhidmatan;
    3. Peraturan 50(1), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutnya boleh ditamatkan perkhidmatan;
    4. Peraturan 50(2), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama boleh ditamatkan perkhidmatan jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Pembatalan Tawaran Pelantikan

    Proses pembatalan tawaran pelantikan jika seseorang calon/ pegawai itu:

    1. Didapati tidak sihat setelah diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar mengikut Peraturan 20(1)(a), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
    2. Tidak mematuhi mana-mana syarat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 seperti yang disebut dalam Peraturan 20(1)(b), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
    3. Tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji, Peraturan 20(3), P.U.(A) 1/2012.

    Punca Kuasa :

    1. Peraturan 20, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
    2. Pandangan Perundangan; dan
    3. Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  • Naziran Urusan Perkhidmatan

    Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

    Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:

    1. Memastikan dokumen dalam fail peribadi pegawai adalah lengkap mengikut senarai semak urusan perkhidmatan SPA (Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017);
    2. Memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePengesahan adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
    3. Memastikan Pegawai Bertanggungjawab (Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas kerahsiaannya;
    4. Mencetak sesalinan perakuan yang dihantar kepada SPA melalui Sistem ePengesahan untuk disimpan di dalam fail peribadi pegawai; dan
    5. Memastikan dokumen dan fail peribadi pegawai disimpan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa bagi tujuan naziran oleh SPA.

Continue reading

Bahagian Pengambilan Khas

Bahagian Pengambilan Khas

  • Objektif

    Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan kontrak atau tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan cekap dalam masa yang ditetapkan.

  • Tugas

    • Menyediakan maklumat bagi penyiaran iklan bagi jawatan Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia;
    • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim;
    • Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan kontrak atau tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
    • Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan.
  • Piagam Pelanggan

    Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-

    1. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dalam tempoh 19 Minggu;
    2. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PAC dalam tempoh 22 Minggu;
    3. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dan PAC dalam tempoh 23 Minggu;
    4. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dan UKJK dalam tempoh 24 Minggu;
    5. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, Fizikal dan Pancaindera dalam tempoh 25 Minggu;
    6. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, UKJK dan PAC dalam tempoh 29 Minggu;
    7. Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, Ujian Fizikal & Pancaindera dan PAC dalam tempoh 30 Minggu;
    8. Mengemukakan pelantikan kontrak dan tetap separa perubatan bagi pelatih – pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan setelah menerima perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 4 Minggu; dan
    9. Memaklumkan keputusan temu duga kepada calon selepas tarikh akhir urusan temu duga tersebut dilaksanakan dalam tempoh 4 Minggu.
  • Aktiviti Utama Bahagian Pengambilan Khas

    Unit Pentadbiran

    • Menguruskan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan bahagian dan urus setia mesyuarat Bahagian.

    Unit Separa

    • Menguruskan pengambilan pelatih bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM);
    • Mengemaskini maklumat status pelatih Latihan Separa Perubatan yang lapor diri, tidak lapor diri/ menolak tawaran melalui maklumat yang diterima daripada KKM;
    • Menguruskan pelantikan tetap/kontrak bagi pelatih yang telah tamat Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan
    • Menguruskan penentuan status tawaran lantikan kontrak bagi pelatih Latihan Separa Perubatan yang menghidap masalah kesihatan.

    Unit Tawaran

    • Semakan laporan temu duga dan penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya;
    • Kemas kini status calon ke dalam sistem dan pemakluman keputusan temu duga melalui Portal SPA; dan
    • Penyediaan surat tawaran lantikan kepada calon dan Kementerian/Jabatan melalui sistem mySTP.

    Unit Proses / Jadual

    • Mengurus dan memproses permohonan ePengisian bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah) dan seterusnya menyediakan Pra Penyata Lembaga Permulaan (PLP), Penyata Lembaga Permulaan (PLP), Cadangan Jadual Lembaga Temu duga (LTD) dan semakan kuota lantikan serta kuota simpanan untuk proses temu duga.

    Unit Pendaftaran/ Aduan

    • Menerima, menyemak dan mengemaskini maklumat pendaftaran Borang SPA8i calon; dan
    • Menjawab pertanyaan/aduan calon yang dikemukakan melalui Sistem ePertanyaan/ emel/ surat rasmi dan panggilan telefon.

    Unit Temu Duga

    • Menyelaras urusan temu duga dari aspek penetapan Pusat Temu Duga dan pelantikan Panel Temu Duga;
    • Memproses maklumat calon dalam sistem bagi penyediaan pakej temu duga, pemakluman panggilan temu duga kepada calon melalui portal,emel dan FB SPA;dan
    • Menguruskan sesi taklimat Panel Temu Duga, bertindak sebagai Urus Setia bagi Pusat Temu Duga di Putrajaya dan luar Putrajaya.

    Unit Kontrak

    • Urusan pelantikan secara kontrak bagi kumpulan pelaksana Gred 28 dan ke bawah melibatkan urusan pelantikan baharu dan semula pegawai kontrak; dan
    • Menyediakan Kertas Suruhanjaya, menguruskan surat kelulusan perakuan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) selepas diluluskan Mesyuarat KSJ, menguruskan fail-fail kontrak dan menyediakan Laporan Statistik bagi pelantikan secara kontrak setiap bulan.

Continue reading

Bahagian Pengambilan

Bahagian Pengambilan

  • Objektif

    Memberi khidmat sokongan sebagai urus setia kepada Suruhanjaya dalam urusan pengambilan anggota-anggota Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana ke dalam Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasanya supaya kemas, teratur dan pantas.

  • Tugas

    Bertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan pelantikan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (Kumpulan B di bawah JKK) bagi memenuhi salah satu fungsi SPA berdasarkan Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

  • Fungsi

    Menguruskan pengisian kekosongan jawatan tetap/kontrak untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (bagi kelayakan diploma/ /STPM/ Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk semua Kementerian/Jabatan dan 4 negeri: Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka;dan Menguruskan jadual perjalanan Ahli Suruhanjaya untuk urusan temu duga.

  • Piagam Pelanggan

    Kami pegawai dan kakitangan Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap dalam menguruskan pengambilan bermula daripada permohonan Kementerian/Jabatan diterima dengan lengkap sehingga tawaran dikeluarkan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 - 12 minggu.

  • Aktiviti Utama Bahagian Pengambilan

    Unit Proses
    Semakan permohonan melalui sistem ePengisian; Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) untuk Gred 29 ke atas; Penyediaan Pakej Temu Duga untuk Lembaga Temu Duga; dan Sebagai Urus Setia semakan dokumen di kaunter temu duga.
    Maklumat lanjut : 03-88856364/03-88856374/03-88856146/03-88856128

    Unit Temu Duga
    Menyediakan jadual temu duga bagi Ahli Suruhanjaya ; dan membuat tempahan bilik temu duga, hotel dan kenderaan Ahli Suruhanjaya.
    Maklumat lanjut : 03-8885 6330/0388856379

    Unit Kertas Suruhanjaya
    Semakan laporan temu duga; Semakan nilai pengiktirafan kelayakan calon; dan Penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya.
    Maklumat lanjut : 03-88806485/03-88856331/03-88856340/03-88856334

    Unit Tawaran
    Kemas kini status calon ke dalam sistem dan pemakluman keputusan temu duga melalui Portal SPA; dan Penyediaan surat tawaran lantikan kepada calon dan Kementerian/Jabatan;
    Maklumat lanjut : 03-88856357/03-88856275/03-88856350/03-88856348

    Unit Perubatan
    Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) bagi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi; dan
    Penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya.

    Unit Pentadbiran
    Menguruskan sistem ePertanyaan; dan
    Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan bahagian.
    Maklumat lanjut : 03-8885 6332/03-88856337/03-88856306/03-88856353

  • Sistem Pengambilan - Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM)

    Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my.

  • Proses Pengambilan Di SPA

    Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my.

  • Permohonan Kementerian/ Jabatan/ SUK Negeri

    SPA akan memulakan urusan pengambilan bagi sesuatu jawatan sebaik sahaja menerima permohonan dari Kementerian/Jabatan/SUK Negeri yang berkenaan untuk mengisi jawatan tersebut. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri adalah bertanggungjawab melaporkan kekosongan kepada SPA dengan memaklumkan bilangan jawatan yang hendak diisi serta maklumat lain seperti jumlah kekosongan yang dijangka wujud dalam tempoh terdekat, senarai tugas jawatan, diskripsi tugas dan sebagainya melalui ePengisian. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri juga boleh memohon apa-apa keperluan khusus yang perlu calon miliki seperti pengkhususan kelayakan mengikut keperluan jabatan atau keperluan skop tugas skim perkhidmatan yang ingin diisi. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu memaklumkan jumlah kekosongan sebenar yang ingin diisi dan kekosongan yang dijangka berlaku akibat persaraan, perletakan jawatan, kenaikan pangkat dan lain-lain kekosongan yang akan berlaku dalam tempoh 1 tahun akan datang.

    Urusan permohonan pengisian bagi sesuatu jawatan adalah tidak melebihi dua kali setahun. Untuk itu, Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu membuat perancangan yang teliti serta mengambil kira urusan kenaikan pangkat sebelum mengemukakan permohonan pengisian jawatan kepada SPA.

  • Iklan/ Pendaftaran

    SPA telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa melalui online. Dengan kaedah ini, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar sebelum sesuatu urusan pengambilan bagi pengisian jawatan kosong dilaksanakan. Mulai tahun 2009, pendaftaran SPA dijalankan secara online sepenuhnya. Calon perlu berdaftar dengan SPA menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Calon boleh memohon sehingga maksimum 15 pilihan jawatan berdasarkan kelayakan dan minat mereka. Seperti biasa, permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan tempoh sah laku pendaftaran adalah selama 1 tahun.

    Permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam bank data SPA. Tempoh sah laku setiap pendaftaran ialah 1 tahun. Sekiranya pemohon masih tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh Surat Akuan Pendaftaran, mereka perlu memperbaharui pendaftaran sekiranya masih berminat. Berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan/SUK Negeri, SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak pemohon yang memohon jawatan berkenaan yang pendaftarannya masih sah. Oleh itu, pemohon dinasihatkan supaya memastikan pendaftaran mereka sentiasa sah/aktif.

  • Tapisan/ Ujian

    Tapisan ialah peringkat menyenarai pendek calon-calon untuk dipanggil temu duga. Tapisan dilakukan sekiranya jumlah permohonan yang dijana dari bank data SPA jauh melebihi jumlah jawatan kekosongan yang hendak diisi. Oleh itu tapisan akan dibuat hinggalah jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temu duga diperolehi. Jumlah calon temu duga biasanya ditentukan berdasarkan nisbah 10 calon bagi setiap satu kekosongan jawatan dan 10 - 15 calon bagi jawatan yang melibatkan ujian fizikal.

    Asas tapisan yang utama adalah mengikut kehendak skim jawatan berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah permohonan melebihi jumlah kekosongan, asas-asas tapisan lain boleh digunakan. Antara tapisan yang biasa dikenakan adalah bidang pengkhususan, pencapaian Cumulative Grade Point Average (CGPA) dan lulus peperiksaan khas. Lain-lain asas tapisan ialah jantina, umur, kelayakan lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana / PHD dan anak negeri serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan secara khusus oleh Kementerian/Jabatan yang memohon pengisian sesuatu jawatan itu. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan.

  • Temu Duga

    Calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPA akan menetapkan tempat temu duga di semua ibu negeri di Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

  • Kertas Suruhanjaya/ Tawaran

    Calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPA akan menetapkan tempat temu duga di semua ibu negeri di Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Continue reading

Diploma/STPM/STAM/HSC

Diploma/STPM/STAM/HSC

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI KUMPULAN PELAKSANA

GRED GAJI GAJI MINIMUM
(RM SEBULAN)
GAJI MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
KADAR KGT*
(RM)
KADAR KGM
(RM)
5 1,650.00 6,620.00 145.00 155.19
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Continue reading