Accessibility Tools

Skip to main content

Ahli Suruhanjaya

Ahli Suruhanjaya

YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus

Pengerusi

YBhg. Dato' Dr. Haji Azman bin Abu Bakar

YBhg. Tan Sri Dato' Wira Othman bin Hj. Mahmood

YBhg. Dato' Hj Mansor bin Man

YBhg. Dato' Dr. Ong Gua Pak

YBhg. Datuk Zulkipli bin Abdullah

YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar

YBhg. Dato' Nor Inchun binti Mohamed Salleh

YBhg. Datu Kameri bin Affandi

YBhg. Datuk Hajah Masnah binti Matsalleh

YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Shanmgam

Continue reading

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

  • 1. Adakah SPA melaksanakan urusan naik pangkat?

    SPA hanya melaksanakan urusan naik pangkat bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

     

  • 2. Rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan kumpulan pegawai yang manakah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam?

    Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan bagi kumpulan pegawai berikut:

    1. Semua kumpulan pegawai kecuali Gred 2 hingga Gred 16 atau Gred setaraf dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan;
    2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dalam Perkhidmatan Awam
      Negeri Melaka;
    3. Pegawai Kumpulan ‘A’ dalam Perkhidmatan Awam Pulau Pinang dan Perlis;
    4. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan.
  • 3. Bilakah pegawai boleh mengemukakan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan?

    Sesuatu rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan hendaklah dikemukakan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan dalam masa 30 hari daripada tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga itu.

  • 4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam bagi urusan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan?

    Pegawai merayu perlu mengemukakan surat rayuan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan.

    Manakala Urus Setia Lembaga yang berkenaan perlu mengemukakan dokumen seperti yang dinyatakan di Lampiran C Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017.

Continue reading

Urusan Permohonan Pekerjaan

Urusan Permohonan Pekerjaan

  • 1. Saya berminat menjadi penjawat awam. Bagaimana saya boleh memohon pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)?

    Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: https://spa9.spa.gov.my/.

  • 2. Adakah SPA9 menguruskan pengambilan semua jawatan tetap dalam perkhidmatan awam?

    Tidak.

    Permohonan pekerjaan melalui SPA9 hanya melibatkan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik berikut:

    i. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

    1. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
    2. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis;
    3. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
    4. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka; dan
    5. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)

    1. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

    Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pendidikan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.

  • 3. Adakah saya perlu menunggu iklan kekosongan jawatan dikeluarkan sebelum saya memohon pekerjaan melalui SPA9?

    Tidak perlu.

    Permohonan SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.

  • 4. Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran SPA9?

    Selama satu (1) tahun daripada tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9.

  • 5. Tempoh sah pendaftaran SPA9 saya telah tamat/luput. Adakah permohonan pekerjaan saya masih akan diproses?

    Tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memperbaharui permohonan SPA9 sekiranya masih berminat untuk memohon pekerjaan melalui SPA.

  • 6. Saya akan klik ‘Hantar Perakuan’ untuk mengemas kini permohonan pada setiap kali saya log masuk ke SPA9. Adakah tindakan ini menjejaskan permohonan pekerjaan saya?

    Ya.

    Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 boleh menjejaskan urusan pada peringkat tapisan dan menyebabkan permohonan terdahulu terbatal. Tarikh pendaftaran SPA9 akan berubah kepada tarikh terkini pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9. Oleh yang demikian, pemohon tidak perlu klik ‘Hantar Perakuan’ setiap kali log masuk ke SPA9 sekiranya tiada perubahan pada maklumat pendaftaran SPA9.

  • 7. Saya memohon sesuatu jawatan dalam SPA9 selepas tarikh tutup iklannya. Adakah permohonan tersebut akan diproses bagi urusan ini?

    Tidak.

  • 8. Apakah had maksimum bilangan jawatan yang boleh saya mohon melalui SPA9?

    Bilangan jawatan yang boleh dimohon melalui SPA9 adalah sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk Latihan Separa Perubatan).

  • 9. Bolehkah saya menghantar permohonan pekerjaan kepada SPA secara pos/serahan tangan/e-mel?

    Tidak boleh kerana hanya permohonan pekerjaan yang diterima melalui SPA9 (https://spa9.spa.gov.my/) akan diproses.

  • 10. Saya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Adakah saya diberi keistimewaan untuk dilantik menjadi penjawat awam?

    Pemohon OKU boleh memohon jawatan bersesuaian di semua gred (Gred 1, 5 dan/atau 9) mengikut kelayakan akademik yang diperoleh. Dalam urusan pengambilan yang dilaksanakan, pemohon OKU yang memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan bagi jawatan yang dimohon adalah dikecualikan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

    Pelantikan calon OKU ke sesuatu jawatan adalah dilaksanakan mengikut kesesuaian fungsi tugas, persekitaran kerja dan ketersediaan kemudahan mesra OKU oleh Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat.

  • 11. Saya merupakan Orang Asli. Adakah saya diberi keistimewaan untuk dilantik menjadi penjawat awam?

    Pemohon Orang Asli boleh memohon jawatan bersesuaian mengikut kelayakan akademik yang diperoleh. Dalam urusan pengambilan yang dilaksanakan, pemohon Orang Asli yang memenuhi syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi bagi jawatan yang dimohon adalah dikecualikan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

  • 12. Saya merupakan pemegang biasiswa kerajaan. Adakah saya akan mendapat pertimbangan khas untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Tidak.

    Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

  • 13. Saya merupakan pemastautin tetap. Adakah saya boleh memohon pekerjaan melalui SPA9?

    Tidak boleh. Permohonan pekerjaan melalui SPA9 adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.

  • 14. Saya tidak pasti jawatan apa yang sesuai dengan kelayakan akademik saya. Bagaimanakah saya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan saya?

    Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Permohonan (pautan ke https://portalspa_dev.spa.gov.my/index.php/perkhidmatan/urusan-pengambilan/syarat-permohonan) dalam Portal Rasmi SPA sebelum membuat permohonan.

  • 15. Saya merupakan graduan luar negara. Bagaimanakah saya tahu institusi pengajian tinggi saya adalah diiktiraf untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dari institusi pengajian tinggi awam/swasta/luar negara adalah di bawah bidang kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemohon disarankan membuat semakan pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dengan pihak MQA melalui Portal Rasmi MQA (https://www2.mqa.gov.my/mqr/) atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) (https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm).

  • 16. Saya memiliki kelayakan PMR, SPM dan Diploma. Adakah saya layak memohon jawatan SPM (Gred 1)?

    Tidak layak kerana permohonan jawatan dalam SPA9 adalah berdasarkan ketetapan dasar One Step Lower (pautan ke  https://portalspa_dev.spa.gov.my/index.php/perkhidmatan/urusan-pengambilan/syarat-permohonan) seperti ringkasan berikut:

    Bil. Kelayakan Akademik Pemohon Gred Jawatan Yang Boleh Dipohon
    1.  Ijazah Sarjana Muda/ setaraf Gred 9
    2.
    Ijazah Sarjana Muda/setaraf dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/setaraf Gred 9 dan Gred 5
    3. Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/setaraf dan SPM/SVM Gred 5 dan Gred 1
    4. SPM/ SVM  Gred 1

    *Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan dari dasar ini.

  • 17. Saya memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi dari institusi pengajian tinggi awam. Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia?

    Tidak boleh.

    Hanya pemohon yang memiliki Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan di Gred 5 mengikut syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

  • 18. Adakah pegawai sedang berkhidmat diberi keutamaan dalam urusan pengambilan sesuatu jawatan?

    Tidak.

    Pegawai sedang berkhidmat adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

  • 19. Saya merupakan anggota tentera sedang berkhidmat. Adakah saya layak memohon jawatan melalui SPA9?

    Tidak layak memohon kerana anggota tentera masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.

  • 20. Bolehkah saya memohon jawatan menggunakan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia sahaja?

    Tidak boleh kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja tidak memadai untuk dipertimbangkan permohonan mana-mana jawatan melalui SPA9. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik pada peringkat SPM/SVM, Diploma/setaraf, Ijazah Sarjana Muda/setaraf untuk melayakkan diri memohon jawatan yang bersesuaian.

  • 21. Adakah saya akan disenaraihitamkan sekiranya saya menolak tawaran pelantikan?

    Tidak.

  • 22. Status permohonan sesuatu jawatan saya ialah “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Yang Ditetapkan”. Bolehkah saya tahu apa maksud status ini?

    Status “Tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan” bermaksud tidak memenuhi:

    a. Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan; atau
    b. Syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi seperti keperluan gred subjek tertentu, bidang pengkhususan, lokaliti, jantina dan lain-lain kriteria khusus mengikut keperluan perkhidmatan di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Syarat-syarat khusus ini bukan sesuatu yang muktamad dan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa Kementerian/Jabatan/Agensi. 

  • 23. Apakah had umur maksimum untuk memohon pekerjaan?

    a. Tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus;
    b. Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had umur maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib; dan
    c. Bagi pemohon Latihan Separa Perubatan, had umur maksimum adalah sepertimana ditetapkan mengikut kategori pemohon.

  • 24. Saya telah berdaftar SPA9. Bagaimanakah cara untuk saya mendapat maklumat panggilan ke peperiksaan/temu duga?

    Calon yang layak hendaklah peka dan menyemak dari semasa ke semasa maklumat panggilan peperiksaan/temu duga melalui saluran berikut: 

    1. E-mel calon yang didaftarkan dalam SPA9 (calon hendaklah sentiasa peka terhadap kemasukan e-mel di semua peti seperti Inbox/ Promotions/ Social/ Junk/  Spam);
    2. Semakan penjadualan penilaian/ ujian/ temu duga di Portal Rasmi SPA (https://portalspa_dev.spa.gov.my/index.php/informasi/semakan-penjadualan-dan-keputusan );
    3. Hebahan penjadualan penilaian/ ujian/ temu duga di Facebook Rasmi SPA (https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov); dan
    4. Semakan status dalam SPA9 melalui menu "Semakan Permohonan" -> "Status Permohonan" -> "Status Permohonan Semasa" -> rujuk kepada jawatan dan nombor urusan yang berkaitan untuk semakan status urusan terkini.
  • 25. Kenapakah saya tidak pernah dipanggil ke peperiksaan/temu duga?

    Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ ujian berkenaan.

  • 26. Kenapakah saya tidak dapat memohon jawatan SPM/setaraf (Gred 1)?

    Pemohon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/setaraf adalah melebihi kelayakan untuk memohon jawatan SPM/setaraf (Gred 1) selaras dengan dasar ‘One Step Lower’ (pautan ke https://portalspa_dev.spa.gov.my/index.php/perkhidmatan/urusan-pengambilan/syarat-permohonan ).

     

Continue reading

Syarat Umum

Syarat Umum

SYARAT UMUM SKIM PERKHIDMATAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEWARGANEGARAAN
Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.

HAD UMUR
Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN
Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat


Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

  • Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)

    1. Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Permohonan dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
    2. Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:
      1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
        • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
      2. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
        • Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
    3. Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
      1. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)
      2. Panduan Pengguna Sistem SPA9
      3. Soalan Lazim Mengenai Pendaftaran Sistem SPA9
      4. Infografik Mengenai Sistem SPA9

    Read more

  • Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9

    1. Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
      1. Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 
      2. Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan):
        • Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA9 dan
        • Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA
      3. Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
      4. Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
    2. Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
        1. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
        2. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
        3. Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower seperti contoh dalam jadual berikut:

      Kelayakan Akademik Gred Jawatan Yang Boleh Dimohon
      Ijazah Sarjana Muda Gred 9
      Ijazah Sarjana Muda 
      dan
      Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
      Gred 9
      dan
      Gred 5
      Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gred 5
      Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
      dan
      SPM/SVM
      Gred 5
      dan
      Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
      dan
      Gred 1
      SPM/SVM Gred 1
      dan
      Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)

      *Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan daripada dasar ‘One Step Lower’.


      1. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
      2. Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)/ujian. Calon yang lulus dalam PSEE/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke PSEE/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan PSEE/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 
      3. Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga. 
      4. Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9. 

Continue reading

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/ Pegawai Pergigian Gred UG41/ Pegawai Farmasi Gred UF41

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/ Pegawai Pergigian Gred UG41/ Pegawai Farmasi Gred UF41

  • 1. Siapakah yang boleh memohon jawatan ini?

    Semua pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41.

  • 2.Bagaimana untuk memohon?

    Pemohon perlu melengkapkan permohonan melalui Sistem SPA9 dengan memastikan maklumat peribadi, pendidikan (Bahasa Melayu peringkat SPM) serta Nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Farmasi Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia diisi dengan lengkap.

  • 3. Bagaimana pemohon dimaklumkan mengenai keputusan permohonan?

    Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan melalui Sistem SPA9 di mana calon yang berjaya akan ditukar status kepada ‘Lantikan Kontrak’.

  • 4. Apa tindakan selanjutnya selepas berjaya mendapat status ‘Lantikan Kontrak’ dalam Sistem SPA9?

    Penempatan calon akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 5. Bilakah saya akan mendapat surat tawaran untuk lapor diri?

    Urusan tawaran pelantikan dan tarikh lapor diri bertugas akan ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Continue reading

Sukatan / Syarat

Sukatan / Syarat Peperiksaan

Continue reading