Accessibility Tools

Skip to main content

Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

  • 1. Bolehkah seseorang pegawai yang berkhidmat di Badan Berkanun memohon untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan?

    Boleh sekiranya memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016.

  • 2. Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19?

    Tidak boleh. Pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja.

  • 3. Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk?

    Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan (Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005).

    Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. [Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan].

Continue reading

Pemberian Taraf Berpencen

Pemberian Taraf Berpencen

  • 1. Bilakah pegawai layak diberikan Pemberian Taraf Berpencen?

    Pemberian Taraf Berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang dari tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

     

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    Senarai semak bagi Pemberian Taraf Berpencen boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 3. Bagaimanakah untuk mendapatkan Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan?

    Jadual keenam boleh diperolehi di Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pemberian Taraf Berpencen?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

  • 1. Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

     

  • 2. Apakah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Mengesahkan pegawai dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dengan perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai telah menjalankan tugas dengan jujur, tekun dan berkebolehan serta berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.

     

  • 3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Bagaimanakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menentukan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai?

    Berdasarkan Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011, penetapan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai seperti berikut (mengikut mana yang terdahulu):

    i. sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan;
    ii. sehari selepas menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), setelah genap setahun perkhidmatan;
    iii. sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan setelah genap setahun perkhidmatan;
    iv. sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
    v. sehari selepas mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

  • 5. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 6. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

  • 7. Apakah syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    i. memenuhi tempoh percubaan;
    ii. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan/ atau lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN MENGIKUT SKIM PERKHIDMATAN 19.08.2024.pdf
    iii. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Continue reading

Pelanjutan Tempoh Percubaan

Pelanjutan Tempoh Percubaan

  • 1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

    Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).

     

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah seperti di pautan Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

     

  • 3. Berapakah tempoh Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:

    i. Program Transformasi Minda (PTM) atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda;
    ii. Gagal peperiksaan/ PTM – pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan
    iii. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.

  • 4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

  • 5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Hotline SPA

Hotline SPA

  • Nombor Hotline SPA

    Nombor Telefon : 03 - 8091 9000

  • Bahagian Pengambilan

    Fungsi:

    Menguruskan pengisian kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Gred 29 ke atas (bagi kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia / Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC / Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah) ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan.

    Urusan Pengambilan/Temu Duga : 03 – 8091 9479

  • Bahagian Pengambilan Khas

    Fungsi:

    1. Menyediakan maklumat berhubung penyiaran Iklan bagi jawatan Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    2. Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim.
    3. Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    4. Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan.


    Unit Pendaftaran dan Aduan - (Urusan pengambilan Tetap dan Kontrak Gred 28 dan ke bawah)
    Telefon : 03 – 8091 9441
    e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Unit Separa - (Urusan Pengambilan Latihan Separa Perubatan Serta Pengambilan Jawatan Separa Perubatan Gred U19, U29)
    Telefon : 03 - 8091 9450

  • Bahagian Penilaian Kompetensi

    Fungsi:

    1. Menggubal Sukatan Peperiksaan bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    2. Menyelia dan menyelaras pengendalian semua jenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Nombor Telefon Hotline : 03-8091 9477

  • Bahagian Digital dan Informatik

    Fungsi:

    1. Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
    2. Pentadbiran Pangkalan Data
    3. Pentadbiran Rangkaian
    4. Khidmat Pengguna
    5. Pentadbiran

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9449

  • Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

    Fungsi:

    1. Pelantikan Pegawai Undang-Undang Gred L41 (Tetap) dalam Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan
    2. Pengesahan dalam perkhidmatan & pemberian taraf berpencen Pegawai Undang-Undang
    3. Pemangkuan dan kenaikan pangkat ke gred dan jawatan Pegawai Undang-Undang (L44, L48, L52, L54, JUSA C/B/A, Gred Khas C/B dan Turus III/II/I)
    4. Peminjaman/pertukaran sementara Pegawai Undang-Undang
    5. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap Pegawai Undang-Undang
    6. Urusan surcaj Pegawai Undang-Undang

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9478

  • Bahagian Perkhidmatan

    Fungsi:

    Menguruskan perkhidmatan kepada Kementerian / Jabatan / Pegawai Awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu:

    1. Pengesahan Pelantikan
    2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    3. Pemberian Taraf Berpencen
    4. Pelanjutan Tempoh Percubaan
    5. Penentuan Gaji Permulaan
    6. Pertukaran Perkhidmatan
    7. Kembali ke Skim Perkhidmatan Terdahulu
    8. Penamatan Perkhidmatan

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9466

  • Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib

    Fungsi:

    Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9470

  • Bahagian Khidmat Pengurusan

    Fungsi:

    1. Bertanggungjawab memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut prosedur kewangan.
    2. Memastikan Pengurusan Pentadbiran Am dan Pengurusan Personel mematuhi arahan-arahan pejabat dan tugas dapat dilaksanakan mengikut jangka waktu yang ditentukan.

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9460

  • Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

    Fungsi:

    1. Merancang program dan strategi perkhidmatan Awam Malaysia seperti pengambilan, perkhidmatan dan kawalan tatatertib
    2. Menyelidik maklumat dan analisa data berkaitan guna tenaga manusia dari peringkat perancangan sehingga lantikan calon ke perkhidmatan awam
    3. Memperoleh, mengumpul dan mengemaskini maklumat berkaitan dengan fungsi SPA
    4. Mengemukakan cadangan, syor dan pandangan berkaitan dengan sesuatu hasil kajian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan kelulusan
    5. Merancang program pembangunan dari semasa ke semasa seperti cadangan pembinaan bangunan, keperluan pusat temu duga dan sebagainya
    6. Mengendalikan perkara berkaitan dengan Parlimen termasuk menyediakan jawapan sebarang persoalan yang diutarakan oleh Jemaah Menteri

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9455

  • Bahagian Urus Setia Mesyuarat

    Fungsi:

    1. Sebagai urus setia mesyuarat Suruhanjaya, Lembaga Rayuan Tatatertib dan Lembaga Rayuan Naik Pangkat
    2. Urus setia Mesyuarat Khas Suruhanjaya di luar Putrajaya
    3. Merancang aktiviti dan strategi yang boleh meningkatkan keberkesanan fungsi SPA

    Nama Pegawai : Cik Rohana binti Abdul Karim
    Nombor Telefon : 03 - 8091 9088

  • Urus Setia Cawangan Sabah

    Fungsi:

    1. Menguruskan urusan pengambilan Separa Perubatan bagi Negeri Sabah dan menyelaras urusan pengambilan bagi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah
    2. Menguruskan Urusan Perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah
    3. Mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    Nama Pegawai : Encik Md Razie bin Harun Madin (Unit Pengambilan)
    Nombor Telefon : 088 - 488933

    Nama Pegawai : Puan Emelissa Peter (Unit Perkhidmatan)
    Nombor Telefon : 088 - 488939

  • Urus Setia Cawangan Sarawak

    Fungsi:

    1. Menguruskan urusan pengambilan Separa Perubatan bagi Negeri Sarawak dan menyelaras urusan pengambilan bagi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    2. Menguruskan Urusan Perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    3. Mengendalikan Urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    Nama Pegawai : Encik Awang Sapwan bin Awang Bujang (Unit Pengambilan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (230)

    Nama Pegawai : Puan Amelna binti Anuar (Unit Perkhidmatan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (204)

    Nama Pegawai : Puan Rohaiza binti Jemat (Unit Peperiksaan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (206)

Continue reading

Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

     

  • 2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Prosedur Pengesahan Pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2011.

  • 3. Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

     

  • 4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?

    Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 5. Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baharu, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

    Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu mengikut perenggan 7 MyPPSM Ceraian UP.1.3.10

     

  • 6. Siapakah yang boleh menjadi saksi di ruangan Bahagian C – Pengakuan Saksi (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam) dan bilakah tarikh yang perlu diisikan?

    Saksi terdiri daripada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam. Tarikh tandatangan saksi hendaklah sebelum mendapat pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

     

  • 7. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

    Boleh.

  • 8. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?

    14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 9. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Pelantikan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)

  • 1. Bagaimanakah pemakluman Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dibuat kepada calon?

    Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

     

  • 2. Adakah calon boleh hadir ke pusat pengujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) sekiranya BMI melebihi julat yang ditetapkan?

    Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan julat BMI hanya 19.00 hingga 26.00.

     

  • 3. Adakah calon rabun jauh boleh hadir ke pusat pengujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan kedua-dua belah mata (kiri dan kanan) hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan boleh menyebut dengan terang dan jelas huruf atau nombor yang ditunjukkan diaras 1 hingga 6 pada Papan/Carta Snellen (Carta Mata). Jarak calon dengan Carta Snellen adalah 6 meter.

  • 4. Apakah etika pakaian semasa menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Berpakaian sukan yang sopan, tidak menjolok mata dan tidak ketat. Baju seperti jersey dibenarkan. Tidak diwajibkan memakai t-shirt berkolar dan berwarna putih. Bagi lelaki, pemakaian seluar pendek paras lutut dibenarkan. Bagi wanita, pemakaian baby t-shirt, legging dan yoga pants adalah dilarang sama sekali.

  • 5. Berapa lamakah urusan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dijalankan?

    Terdapat dua (2) situasi iaitu:

    i. Bagi calon yang berjaya melepasi sehingga larian 2.4 km kebiasaannya UFPK akan tamat pada jam 5.00 petang bergantung kepada jumlah kehadiran calon di pusat ujian; dan

    ii. Bagi calon yang gagal melepasi ujian seperti BMI, Ujian Penglihatan, Ujian Pengecaman Warna, Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan serta empat (4) Ujian Kecergasan iaitu Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4X10 meter, Bangun Tubi dan Larian 2.4 km, akan diminta untuk meninggalkan pusat lebih awal.

  • 6. Bolehkah calon membuat pertukaran pusat dan tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Kelulusan pertukaran pusat dan tarikh UFPK bergantung kepada jenis permohonan dan alasan yang kukuh seperti pertindihan tarikh temu duga, kematian, keagamaan, perkahwinan, kemalangan dan sebagainya. Calon perlu mengemukakan bukti bagi alasan yang dinyatakan.

    Pusat dan tarikh hanya boleh ditukar sepanjang tempoh Ujian berlangsung sahaja. Tiada Ujian ulangan selepas tarikh UFPK tamat.

    Permohonan boleh dibuat di alamat e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 7. Apakah jenis sarung tangan getah yang boleh digunakan semasa Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Boleh membawa apa jua jenis sarung tangan getah. Disarankan menggunakan sarung tangan getah yang diguna pakai oleh kakitangan perubatan.

  • 8. Apakah jenis Kit Ujian Kendiri yang boleh digunakan semasa Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Kit Ujian Kendiri yang menggunakan sampel air liur dan hidung boleh digunakan. Kit Ujian Kendiri jenis Lolipop tidak dibenarkan.

  • 9. Adakah ujian saringan covid perlu dilakukan?

    Ya. Perlu dijalankan di pusat ujian sebelum sesi pendaftaran.

  • 10. Adakah calon mengandung boleh hadir pada sesi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Calon yang mengandung tidak digalakkan hadir kerana akan melibatkan ujian kecergasan.

  • 11. Bolehkah calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) memohon untuk penjadualan semula UFPK?

    Tiada penjadualan semula bagi calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

  • 12. Bolehkah calon yang gagal dalam salah satu Ujian (BMI / Ujian Penglihatan / Ujian Pengecaman Warna / Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan / Ujian Kecergasan) membuat rayuan menjalani semula Ujian tersebut?

    Rayuan hanya boleh dilakukan semasa ujian sedang berjalan dan perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Penguji. Tiada rayuan selepas Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tamat.

  • 13. Adakah calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?

    Tidak. Calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tidak akan disenarai hitamkan dari urusan SPA yang lain.

Continue reading

Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot

Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot

  • 1. Adakah calon boleh memohon untuk pertukaran pusat / tarikh Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot?

    Secara umumnya, calon tidak dibenarkan bertukar pusat atau tarikh ujian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon boleh memohon dan dipertimbangkan untuk bertukar pusat atau tarikh sekiranya terdapat justifikasi yang kukuh.

  • 2. Apakah etika pakaian semasa menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot?

    Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat : Calon hendaklah berpakaian formal (pakaian pejabat) sepanjang ujian.

    Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot : Calon hendaklah memakai pakaian sukan (T-Shirt berkolar) sepanjang ujian.

  • 3. Berapa lamakah tempoh Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot berlangsung?

    Urusan Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan berlangsung dalam tempoh setengah hari atau sehari tertakluk kepada jawatan.

     

  • 4. Adakah calon yang gagal dalam Ujian Pengecaman Warna akan dibenarkan untuk meneruskan Ujian Kompetensi Pemanduan?

    Calon yang gagal di dalam Ujian Pengecaman Warna tidak dibenarkan untuk meneruskan Modul Pemanduan.

     

  • 5. Bolehkah calon yang terlepas tarikh Profession Assessment Centre (PAC) memohon untuk menduduki semula Profession Assessment Centre (PAC)?

    Tiada penjadualan semula bagi mana-mana calon yang tidak hadir dan tidak dapat hadir ke ujian yang telah ditetapkan.

     

  • 6. Adakah calon yang tidak hadir ke PAC / Ujian Bakat / UKP / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?

    Tidak. Calon yang tidak hadir ke Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot tidak akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain.

     

Continue reading

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

  • 1. Bagaimanakah calon boleh dipanggil untuk menduduki PSEE?

    Calon yang telah mendaftar melalui Sistem SPA9 akan dipanggil menduduki PSEE secara online sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat serta asas tapisan sahaja akan dipanggil menduduki PSEE.

  • 2. Siapakah calon yang layak dikecualikan daripada menduduki PSEE?

    Pengecualian PSEE hanya diberikan kepada calon Orang Kurang Upaya (OKU) dan Calon Orang Asli sahaja.

  • 3. Bolehkah calon menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan?

    Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan.

  • 4. Bolehkah calon yang terlepas tarikh PSEE memohon untuk menduduki semula PSEE?

    Calon perlu menduduki PSEE mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan sahaja serta tiada sesi ulang penilaian akan dilaksanakan.

    Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.

  • 5. Bagaimanakah pemakluman PSEE dibuat kepada calon?

    Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh PSEE.

  • 6. Mengapakah calon tidak menerima e-mel pemakluman PSEE?

    Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak diterima, kemungkinan e-mel tersebut masuk ke dalam folder 'Spam/ Junk' e-mel calon. Calon dimohon untuk sentiasa menyemak folder 'Spam/ Junk'.

    Sekiranya e-mel tersebut masuk ke folder 'Spam/ Junk', calon perlu klik ‘Not Spam’ bagi e-mel tersebut. Selepas langkah ini dilaksanakan, e-mel pemakluman SPA akan terus masuk ke dalam 'Inbox' e-mel calon.

    Calon juga boleh mencetak makluman panggilan PSEE melalui semakan online di paparan Portal Rasmi SPA (www.spa.gov.my).

    Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan calon terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.

  • 7. Adakah calon perlu hadir ke pusat penilaian untuk menduduki PSEE?

    Tidak perlu. Tiada pusat penilaian disediakan. Calon boleh mengakses sistem PSEE secara online di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet dengan menggunakan komputer, komputer riba (laptop) atau telefon pintar (smartphone).

  • 8. Mengapakah calon tidak dapat log-in sistem PSEE?

    Calon perlu membaca pemakluman panggilan PSEE dengan teliti kerana semua maklumat telah dinyatakan dengan jelas di dalam e-mel calon, semakan online di Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

    Antara punca calon tidak dapat log-in sistem PSEE kerana:
    i. ID dan kata laluan tidak tepat;
    ii. Talian internet calon yang tidak stabil;
    iii. Pautan URL tidak tepat;
    iv. Calon log-in di luar waktu PSEE (sistem hanya boleh diakses bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari penilaian yang telah ditetapkan sahaja); atau / dan
    v. Calon log-in selain tarikh yang telah dinyatakan dalam panggilan menduduki PSEE.

  • 9. Adakah calon yang tidak menduduki PSEE akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?

    Tidak. Calon yang tidak menduduki PSEE tidak akan disenarai hitamkan dari urusan SPA yang lain.

  • 10. Apakah yang dinilai dalam PSEE Psikometrik?

    Penilaian psikometrik merupakan instrumen untuk mengukur kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).

  • 11. Apakah yang diambil kira bagi menentukan seseorang calon melepasi atau tidak tahap penilaian kompetensi?

    Secara dasarnya penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Penentuan sama ada calon melepasi atau tidak melepasi tahap penilaian mengambil kira skor merit, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan dan bilangan calon yang menduduki PSEE.

  • 12. Bolehkah calon mengetahui markah PSEE Psikometrik?

    Penilaian psikometrik tidak mempunyai pemarkahan khusus yang ditetapkan untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang calon kerana penilaian ini adalah berdasarkan skor merit calon.

  • 13. Apakah yang dimaksudkan skor merit?

    Skor merit dalam penilaian psikometrik merujuk kepada tahap kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon. Semakin tinggi skor merit calon, semakin sesuai calon dengan jawatan yang dimohon.

  • 14. Berapa lamakah keputusan PSEE akan dikeluarkan?

    Keputusan PSEE akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh PSEE dijalankan.

  • 15. Apakah panduan menjawab PSEE Psikometrik?

    i. Menyediakan peranti (gadget) yang bersesuaian dan capaian internet yang baik;
    ii. Merancang masa menjawab PSEE. Jawab awal bagi mengelakkan kesuntukan masa;
    iii. Memastikan persekitaran yang selesa dan kondusif;
    iv. Memastikan emosi ketika menjawab PSEE tenang dan dalam keadaan bersedia;
    v. Membaca soalan dengan teliti dan terus menjawab;
    vi. Menjawab dengan jujur; dan
    vii. Memastikan calon tidak dipengaruhi dan diwakili oleh orang lain semasa menduduki PSEE.

  • 16. Bolehkah saya membuat rayuan keputusan PSEE yang telah dikeluarkan?

    Keputusan PSEE adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

  • 17. Adakah SPA menyediakan buku kompilasi soalan PSEE Psikometrik?

    Tiada. Penilaian psikometrik memerlukan calon menjawab dengan jujur dan memberikan jawapan yang paling menggambarkan mengenai dirinya.

    SPA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang rujukan yang disediakan oleh pihak ketiga.

Continue reading