YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A dalam Program "Lanskap" di TV1 Sila klik pautan berikut :
Written by Farazilla binti Redzuan on . Posted in Static Content.
Semakan Penjadualan
Senarai Penjadualan Penilaian (PSEE)
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 3 Okt 2024]
PENERBIT RANCANGAN GRED B41 (SEMENANJUNG) (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 3 Okt 2024]
PENERBIT RANCANGAN GRED B29 (SABAH) (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 3 Okt 2024]
PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S19 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 3 Okt 2024]
PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (MEKANIKAL) (KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 2 Okt 2024]
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 2 Okt 2024]
JURUTERA (AWAM) GRED J41 (SEMENANJUNG) (JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 1 Okt 2024]
PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 (JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 30 Sep 2024]
PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM) (JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 30 Sep 2024]
PENERBIT RANCANGAN GRED B29 (SEMENANJUNG) (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 27 Sep 2024]
PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29 (JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 27 Sep 2024]
PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SEMENANJUNG) (JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 27 Sep 2024]
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 (JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 26 Sep 2024]
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MALAKA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 26 Sep 2024]
JURUGEOSPATIAL GRED J41 (JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 25 Sep 2024]
JURUUKUR GRED J41 (JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik) [ Tarikh PSEE: 25 Sep 2024]
Senarai Penjadualan Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan
PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP41 (SARAWAK) (ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (SARAWAK)) (Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan) [ Tarikh UFPK: 7 - 10 Okt 2024]
Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
Written by Nur Aina Maisara binti Mahadi on . Posted in Static Content.
Syarat Permohonan
PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN
KEWARGANEGARAAN
: Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
HAD UMUR
: Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
: Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
: Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN
: Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
: Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
: Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
PENENTUAN KELAYAKAN BAGI URUSAN PELANTIKAN ATAU PERTUKARAN PELANTIKAN YANG MENSYARATKAN KELAYAKAN SPM, SVM DAN STPM/STAM
(Kelayakan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka
Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan SPM Sijil Terbuka seperti berikut:
lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripadamata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau
lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut;dan
memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim pekhidmatan.
Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh encapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104)
Kepujian
Sekurang-kurangnya Gred ‘C’
Lulus
Sekurang-kurangnya Gred ‘E’
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
(b) lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu
(1) peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat:
Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
Gred A dan C (NGMP 4.00 dan 2.00).
ATAU
lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan dua (2) mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu (1) peperiksaan STPM;
ATAU
lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Calon yang memiliki Sijil STAM adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan yang bersesuaian di peringkat STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:
lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu (1) peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a)(i) hingga (x) di atas.