Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional Gred DV1
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan
:
Kementerian Sumber Manusia
Jadual Gaji Gaji Minimum
:
RM1,500.00
Gaji Maksimum
:
RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
:
RM100.00
Syarat Lantikan
:
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV1: RM1,561.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV1: RM1,622.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
:
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9
:
3.
Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024