Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP5
- Caption Syarat Lantikan 1:
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP5
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP9
-
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00).
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: -
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: - memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP6 : 6. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP6 yang kosong apabila telah: - disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP7 : 7. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP7 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP9 : 8. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP5 atau Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP9 yang kosong apabila telah: - disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
9. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP9 yang kosong apabila telah: - disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP10 : 10. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP10 yang kosong apabila telah: - disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP12 : 11. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP12 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP13 : 12. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP13 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP14 : 13. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP13 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 14. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. DESKRIPSI TUGAS : - Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
- Urusan Kad Pengenalan
- Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
- Urusan Kewarganegaraan
- Urusan Perkahwinan dan Perceraian
- Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). -