Accessibility Tools

Skip to main content

Diploma/STPM/STAM/HSC

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DH5

    1. Diploma Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH5: RM1,893.00); atau

    2. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH5: RM1,893.00); atau

    3. Diploma dalam bidang berkaitan dan Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH5: RM1,974.00); atau

    4. Diploma Pertanian, Diploma Kejuruteraan, Diploma Seni Bina, Diploma Ukur Bahan, Diploma Ukur Tanah, Diploma Ukur Bangunan, Diploma Perancang Bandar dan Wilayah atau Diploma Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH5: RM1,974.00); atau

    5. Diploma Pertanian, Diploma Kejuruteraan, Diploma Seni Bina, Diploma Ukur Bahan, Diploma Ukur Tanah, Diploma Ukur Bangunan, Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah atau Diploma Seni Bina Landskap dan Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH5: RM2,055.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DH9

    1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,470.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,580.00); atau

    3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,580.00); atau

    4. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,580.00); atau

    5. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,690.00).

    6. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,580.00); atau

    7. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,690.00); atau

    8. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan, Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Lanskap atau Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,690.00); atau

    9. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan, Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap atau Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,800.00); atau

    10. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM2,910.00).

    11. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,020.00); atau

    12. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,130.00); atau

    13. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,240.00); atau

    14. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan berdaftar sebagai Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,240.00); atau

    15. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan berdaftar sebagai Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,350.00).

    16. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,350.00); atau

    17. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,460.00); atau

    18. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,020.00); atau

    19. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,130.00); atau

    20. Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,350.00).

    21. Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DH9: RM3,460.00).

      [Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(xiv) adalah seperti di Lampiran B11B].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a) dan 1(b) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH6 ATAU GRED DH8 : 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH6 atau Gred DH8 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2;
  2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan; dan
  3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang bidang berkenaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN GRED DH6 ATAU GRED DH8 TANPA IKHTISAS PENDIDIKAN : 4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH6 atau Gred DH8 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(Gaji permulaan lantikan pada Gred DH6: RM3,080.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH8: RM5,390.00).

PENETAPAN GAJI PERMULAAN GRED DH6 ATAU GRED DH8 BERSERTA IKHTISAS PENDIDIKAN : 5. Calon-calon yang memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan ditetapkan gaji permulaan seperti berikut:

(Gaji permulaan lantikan pada Gred DH6: RM3,161.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH8: RM5,5471.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH10, DH12, DH13 ATAU DH14 : 6. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13 atau DH14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(b) dan 2;
  2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan; dan
  3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang bidang berkenaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN GRED DH10, DH12, DH13 ATAU DH14 TANPA IKHTISAS PENDIDIKAN : 7. Calon-calon yang tidak memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan akan ditetapkan gaji permulaan seperti berikut:

(Gaji permulaan lantikan pada Gred DH10: RM3,840.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH12: RM5,530.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH13: RM6,210.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH14: RM6,560.00).

PENETAPAN GAJI PERMULAAN GRED DH10, DH12, DH13 ATAU DH14 BERSERTA IKHTISAS PENDIDIKAN : 8. Calon-calon yang memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan ditetapkan gaji permulaan seperti berikut:

(Gaji permulaan lantikan pada Gred DH10: RM3,950.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH12: RM5,640.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH13: RM6,320.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred DH14: RM6,670.00).

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 9. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 10. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH6 : 11. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH6 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH8 : 12. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH8 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH9 : 13. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6 dan DH8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. memiliki kelayakan di perenggan 1(b);
  3. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH10 : 14. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH12 : 15. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH13 : 16. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DH14 : 17. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 18. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).