Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Caption Syarat Lantikan 1:
Taraf Latihan : Sijil Sesi Pengambilan : Januari dan Julai setiap tahun Tempoh Latihan : Dua (2) tahun Tempat Latihan : - Institut Latihan KKM Sungai Buloh
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Kuching (Kesihatan Awam)
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat SPM/setaraf : - Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam:
- Bahasa Inggeris; dan
- Dua (2) subjek lain.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : - Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
- Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Pembantu Kesihatan Awam di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
- Pemohon PSB hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia