Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Artis Budaya Gred B1/B2/B3

 
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan : Kementerian Komunikasi

Jadual Gaji

Gaji Minimum

 

:

 

RM1,500.00

Gaji Maksimum

:

RM4,680.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

:

RM100.00

Syarat Lantikan ke Gred B1 : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau

    5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Lantikan ke
Gred B2 atau Gred B3
: 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B2 atau B3 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2; dan
    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
    2. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred B2: RM2,220.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B3: RM2,790.00).

Syarat Ujian Khas : 4. Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
Panduan Pendaftaran di Dalam SPA9 : 5.
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

  • Pemohon dengan kelayakan bakat muzik hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Bukan Akademik” -> “Bakat”.

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 .