Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Penerbit Rancangan Gred B1/B2/B3

Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penyiaran Malaysia

Jadual Gaji

Gaji Minimum

 

:

 

RM1,500.00

Gaji Maksimum

:

RM4,680.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

:

RM100.00

Syarat Lantikan ke Gred B1 : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau

    5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Lantikan ke Gred B2 atau 
Gred B3
: 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B2 atau B3 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2; dan
    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
    2. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred B2: RM2,220.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B3: RM2,790.00).

Syarat Ujian Khas : 4. Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
Panduan Pendaftaran di dalam SPA9 : 5.
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
  • Pemohon dengan kelayakan bakat muzik hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Bukan Akademik” -> “Bakat”.
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 .