Accessibility Tools

Skip to main content

Penguasa Bomba Gred KB9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,250.00); atau

      2. bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruterbang dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(b) dan 1(c ).

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,250.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,470.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,580.00); atau

      5. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,690.00); atau

      6. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB9: RM2,910.00).

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

    dan

    1. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(a)(v) dan 1(a)(vi) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
    3. memiliki Diploma Lanjutan Sains Kebombaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB10 : 6. Penguasa Bomba Gred KB9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB12 : 7. Penguasa Bomba Gred KB10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB13 : 8. Penguasa Bomba Gred KB12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB14 : 9. Penguasa Bomba Gred KB13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Penguasa Bomba Gred KB14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Aspek Operasi
      1. Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
      2. Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
    2. Aspek Penguatkuasaan
      1. Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
    3. Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
      1. Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
    4. Aspek Latihan
      1. Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
    5. Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
      1. Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penguasa Bomba yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Perikanan Gred G9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,470.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,690.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkitek Laut yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,800.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G10 : 6. Pegawai Perikanan Gred G9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G12 : 7. Pegawai Perikanan Gred G10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G13 : 8. Pegawai Perikanan Gred G12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G14 : 9. Pegawai Perikanan Gred G13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Perikanan Gred G14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal Jabatan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perikanan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).

Continue reading

Pegawai Pertanian Gred G9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Kimia, Biokimia, Pertanian, Hortikultur, Bioindustri, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Teknologi Makanan, Teknologi Pertanian, Agroteknologi atau bidang berkaitan atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G10 : 6. Pegawai Pertanian Gred G9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G12 : 7. Pegawai Pertanian Gred G10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G13 : 8. Pegawai Pertanian Gred G12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G14 : 9. Pegawai Pertanian Gred G13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Pertanian Gred G14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Pertanian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Rancangan Tanah Gred G9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Pertanian dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Perladangan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G10 : 6. Pegawai Rancangan Tanah Gred G9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G12 : 7. Pegawai Rancangan Tanah Gred G10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G13 : 8. Pegawai Rancangan Tanah Gred G12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G14 : 9. Pegawai Rancangan Tanah Gred G13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Rancangan Tanah Gred G14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Rancangan Tanah Gred G14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Veterinar Gred GV9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Veterinar atau Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
      2. berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred GV9: RM2,910.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Bahagian II Jadual Kedua Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia.

    dan

    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED GV10 : 6. Pegawai Veterinar Gred GV9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED GV12 : 7. Pegawai Veterinar Gred GV10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED GV13 : 8. Pegawai Veterinar Gred GV12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED GV14 : 9. Pegawai Veterinar Gred GV13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Veterinar Gred GV14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Veterinar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pemelihara Hutan Gred G9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pemelihara Hutan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G10 : 6. Pemelihara Hutan Gred G9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G12 : 7. Pemelihara Hutan Gred G10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G13 : 8. Pemelihara Hutan Gred G12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G14 : 9. Pemelihara Hutan Gred G13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pemelihara Hutan Gred G14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pemelihara Hutan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Arkitek Gred J9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina/Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    2. berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Seni Bina)/Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5, JA6, JA7 atau JA8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J10 : 6. Arkitek Gred J9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Gred J10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J12 : 7. Arkitek Gred J10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Gred J12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J13 : 8. Arkitek Gred J12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Gred J13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. keutamaan diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan profesional yang diiktiraf; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J14 : 9. Arkitek Gred J13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Gred J14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. keutamaan diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan profesional yang diiktiraf; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Arkitek Gred J14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Arkitek yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).

Continue reading

Arkitek Landskap Gred J9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Arkitek Landskap adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Landskap Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J10 : 6. Arkitek Landskap Gred J9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Landskap Gred J10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J12 : 7. Arkitek Landskap Gred J10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Landskap Gred J12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J13 : 8. Arkitek Landskap Gred J12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Landskap Gred J13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J14 : 9. Arkitek Landskap Gred J13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek Landskap Gred J14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Arkitek Landskap Gred J14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input' kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Arkitek Landskap yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Jurugeospatial Gred J9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Geoinformatik dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Remote Sensing atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J10 : 6. Jurugeospatial Gred J9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurugeospatial Gred J10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J12 : 7. Jurugeospatial Gred J10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurugeospatial Gred J12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J13 : 8. Jurugeospatial Gred J12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurugeospatial Gred J13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J14 : 9. Jurugeospatial Gred J13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurugeospatial Gred J14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Jurugeospatial yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading