Accessibility Tools

Skip to main content

Juruaudit Gred W9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM2,470.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,020.00); atau

      3. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,020.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,130.00); atau

      5. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,240.00).

      [Senarai Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(a)(iii) dan 1(a)(iv) adalah seperti di Lampiran B11B].

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W10 : 6. Juruaudit Gred W9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruaudit Gred W10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W12 : 7. Juruaudit Gred W10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruaudit Gred W12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W13 : 8. Juruaudit Gred W12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruaudit Gred W13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W14 : 9. Juruaudit Gred W13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruaudit Gred W14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Juruaudit Gred W14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruaudit yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Penilaian Gred W9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W10 : 6. Pegawai Penilaian Gred W9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W12 : 7. Pegawai Penilaian Gred W10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. telah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W13 : 8. Pegawai Penilaian Gred W12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W14 : 9. Pegawai Penilaian Gred W13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Penilaian Gred W14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penilaian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Akauntan Gred WA9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau

      2. lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau

      3. lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00).

      [Senarai Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(a)(ii) adalah seperti di Lampiran B11B].

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AKAUNTAN GRED WA12, WA13 ATAU WA14 : 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA12, WA13 atau WA14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
    2. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA;
    3. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred WA12: RM5,530.00/
      Gaji permulaan ialah pada Gred WA13: RM6,210.00/
      Gaji permulaan ialah pada Gred WA14: RM6,560.00).

    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 4. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 5. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA10 : 7. Akauntan Gred WA9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. Ahli MIA; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
        8. Akauntan Gred WA9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    5. Ahli MIA; dan
    6. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT GRED WA9 KE GRED WA12 DALAM KEADAAN ISTIMEWA : 9. Akauntan Gred WA9 yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke jawatan Akauntan Gred WA12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA12 : 10. Akauntan Gred WA10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. Ahli MIA; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
        11. Akauntan Gred WA10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    4. Ahli MIA; dan
    5. memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
    6. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA13 : 12. Akauntan Gred WA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA13 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. Ahli MIA;
    5. keutamaan diberikan kepada pegawai yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
    6. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
        13. Akauntan Gred WA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    5. Ahli MIA;
    6. memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
    7. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA14 : 14. Akauntan Gred WA13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA14 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. Ahli MIA;
    5. keutamaan diberikan kepada pegawai yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
    6. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
        15. Akauntan Gred WA13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    5. Ahli MIA;
    6. memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
    7. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 16. Akauntan Gred WA14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Akauntan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2018).

Continue reading

Penguasa Kastam Gred WK9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM2,250.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM2,470.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM2,580.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM3,020.00); atau

      5. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM3,020.00); atau

      6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM3,130.00); atau

      7. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred WK9: RM3,240.00);

    [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(a)(v) dan 1(a)(vi) di atas adalah seperti di Lampiran B11B];

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      1. tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

    dan

    1. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK10 : 6. Penguasa Kastam Gred WK9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK12 : 7. Penguasa Kastam Gred WK10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK13 : 8. Penguasa Kastam Gred WK12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK14 : 9. Penguasa Kastam Gred WK13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Penguasa Kastam Gred WK14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penguasa Kastam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Hidupan Liar Gred G9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Zoologi, Biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,250.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Zoologi, Biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,470.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Hidupan Liar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G10 : 6. Pegawai Hidupan Liar Gred G9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G12 : 7. Pegawai Hidupan Liar Gred G10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G13 : 8. Pegawai Hidupan Liar Gred G12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED G14 : 9. Pegawai Hidupan Liar Gred G13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Hidupan Liar Gred G14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Hidupan Liar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Kawalan Trafik Udara

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,360.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

        (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,800.00).

    dan

      1. Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
      2. lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
      3. lulus pemeriksaan perubatan Aviation Medical Examination Class III seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik; dan
      4. hadir dan lulus kursus asas Kawalan Trafik Udara dalam bidang Primary Air Traffic Control dan Area Procedural Control.

    atau

      1. pesara atau bekas pegawai tentera berpangkat sekurang kurangnya Leftenan Muda atau setaraf dengannya dan disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan memenuhi syarat-syarat berikut:
        1. mencapai sekurang-kurangnya tahap 4 dalam peperiksaan English Language Proficiency yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau setaraf; dan
        2. memiliki lesen lapangan aktif (live rating) atau kompetensi lapangan aktif (live competency).

          (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,800.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i) dan 1(a)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan tamat dengan jayanya kursus A.T.C Radar serta memperolehi A.T.C Radar Rating sebelum tamat tempoh percubaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. hadir dengan jayanya kursus A.T.C Radar serta memperolehi A.T.C Radar Rating seperti yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED A10 : 6. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED A12 : 7. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED A13 : 8. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED A14 : 9. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).

Continue reading

Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Penerbangan, Elektrik atau Elektronik) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau

      2. Aircraft Maintenance Engineer’s Licence yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEMERIKSA KAPAL TERBANG GRED AT10, AT12, AT13 ATAU AT14 : 4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10, AT12, AT13 atau AT14.
    1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
    3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred AT10: RM3,840.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT12: RM5,530.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT13: RM6,210.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT14: RM6,560.00).

    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 5. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus lain yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT10 : 7. Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT12 : 8. Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT13 : 9. Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT14 : 10. Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 11. Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SAINS
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Ekologi, Fizik, Kimia Hayat, Kaji Hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Alam Sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM2,580.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM2,690.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; danv
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C10 : 6. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C12 : 7. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C13 : 8. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C14 : 9. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Meteorologi Gred C9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SAINS
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Sains Atmosfera atau Oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Matematik, Fizik atau Geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM2,580.00); atau

      3. Ijazah Sarjana dalam bidang Meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM3,020.00); atau

      4. Ijazah Kedoktoran dalam bidang Meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah padaGred C9: RM3,350.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Meteorologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C10 : 6. Pegawai Meteorologi Gred C9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C12 : 7. Pegawai Meteorologi Gred C10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C13 : 8. Pegawai Meteorologi Gred C12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED C14 : 9. Pegawai Meteorologi Gred C13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Meteorologi Gred C14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Meteorologi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading