Accessibility Tools

Skip to main content

Pegawai Penyelidik Gred Q9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,690.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,910.00); atau

      5. Ijazah Sarjana dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,020.00); atau

      6. Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,350.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Pegawai Penyelidik Gred Q9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q10, Q12, Q13 ATAU Q14 : 4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q10, Q12, Q13 atau Q14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan;
    3. telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R & D); dan
    4. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred Q10: RM3,840.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred Q12: RM5,530.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred Q13: RM6,210.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred Q14: RM6,560.00)

    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 5. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan;
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED Q10 : 7. Pegawai Penyelidik Gred Q9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED Q12 : 8. Pegawai Penyelidik Gred Q10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED Q13 : 9. Pegawai Penyelidik Gred Q12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED Q14 : 10. Pegawai Penyelidik Gred Q13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 11. Pegawai Penyelidik Gred Q14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
    2. menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
    3. melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Tadbir Gred N9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penghulu, Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N5, N6, N7 atau N8 atau Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5, NT6, NT7 atau NT8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED N10 : 6. Pegawai Tadbir Gred N9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED N12 : 7. Pegawai Tadbir Gred N10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED N13 : 8. Pegawai Tadbir Gred N12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED N14 : 9. Pegawai Tadbir Gred N13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Tadbir Gred N14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Tadbir yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : TADBIR DAN DIPLOMATIK
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau

      3. Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00).

    dan

    1. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
    2. hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3.. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED M10 : 5. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED M12 : 6. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED M13 : 7. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED M14 : 8. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 9. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Syariah Gred LS9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred LS9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Syariah atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) dan Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred LS9: RM2,580.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED LS10 : 6. Pegawai Syariah Gred LS9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED LS12 : 7. Pegawai Syariah Gred LS10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED LS13 : 8. Pegawai Syariah Gred LS12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED LS14 : 9. Pegawai Syariah Gred LS13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Syariah Gred LS14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement' kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Syariah yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Undang-undang Gred L9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau

      2. Sijil Amalan Guaman.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau

      3. Barrister-at-law-England.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00); atau

      4. Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred L9: RM2,580.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau skim perkhidmatan Jurubahasa Gred LA5, LA6, LA7 atau LA8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED L10 : 6.
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED L12 : 7. Pegawai Undang-undang Gred L10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED L13 : 8. Pegawai Undang-undang Gred L12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED L14 : 9. Pegawai Undang-undang Gred L13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Undang-undang Gred L14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Undang-undang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).

Continue reading

Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau

      2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

      3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00).

    dan

      1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
        1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
        2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
        3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
        4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
        5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
        6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
        7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i) dan 1(a)(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP10 : 6. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP12 : 7. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP13 : 8. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP14 : 9. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau

      2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00).

    1. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
      1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Hortikultur, Pemakanan atau Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00); atau

      2. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,910.00).

    2. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5, AB6, AB7 atau AB8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP10 : 6. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP12 : 7. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP13 : 8. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP14 : 9. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
    2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
    3. Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan dan mempunyai sekurang- kurangnya 500 jam pengalaman penerbangan sebagai Pilot in Command atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau

      2. Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 750 jam dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau

      3. Lesen Penerbangan Komersil dan Instrument Rating (CPL/IR) dan 1,500 jam penerbangan dan memiliki 250 jam pengalaman pesawat Twin Engine atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM3,020.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT10, AT12, AT13 ATAU AT14 : 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10, AT12, AT13 atau AT14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
    3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred AT10: RM3,840.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT12: RM5,530.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT13: RM6,210.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred AT14: RM6,560.00).

    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN/ PENILAIAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan/penilaian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan;
    3. lulus peperiksaan/penilaian yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT10 : 6. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT12 : 7. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT13 : 8. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT14 : 9. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pegawai Penerangan Gred S9

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SOSIAL
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,250.00); atau

      2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau

      3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Komunikasi Massa yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau

      4. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Kemasyarakatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED S10 : 6. Pegawai Penerangan Gred S9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED S12 : 7. Pegawai Penerangan Gred S10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED S13 : 8. Pegawai Penerangan Gred S12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED S14 : 9. Pegawai Penerangan Gred S13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Penerangan Gred S14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penerangan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading