Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan dan mempunyai sekurang- kurangnya 500 jam pengalaman penerbangan sebagai Pilot in Command atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau

    2. Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 750 jam dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau

    3. Lesen Penerbangan Komersil dan Instrument Rating (CPL/IR) dan 1,500 jam penerbangan dan memiliki 250 jam pengalaman pesawat Twin Engine atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM3,020.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT10, AT12, AT13 ATAU AT14 : 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10, AT12, AT13 atau AT14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
  2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
  3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

    (Gaji permulaan lantikan pada Gred AT10: RM3,840.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred AT12: RM5,530.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred AT13: RM6,210.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred AT14: RM6,560.00).

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN/ PENILAIAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan/penilaian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan;
  3. lulus peperiksaan/penilaian yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT10 : 6. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT12 : 7. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT13 : 8. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT14 : 9. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).