Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pensyarah Pergigian Pelatih Gred DUG13P

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUG13P

    1. Ijazah Sarjana Muda Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia; dan
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13P: RM4,430.00);

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUG13

    1. Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13: RM6,210.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan kelayakan kepakaran dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13: RM6,210.00); atau

    3. Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13: RM6,210.00)

    dan

    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUG14 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    3. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    4. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(c )(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG14: RM6,560.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUG15 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    3. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    4. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(d)(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG15: RM7,030.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);
    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    3. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
    4. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(e)(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,990.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pensyarah Pergigian dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pensyarah Pergigian Pelatih yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. memiliki kelayakan kepakaran atau ijazah sarjana dalam bidang berkenaan yang disyaratkan;
  3. telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai Pensyarah Pergigian Pelatih;
  4. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan; dan
  5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    5. Pensyarah Pergigian yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PELARASAN DARI GRED DUG13P KE GRED DUG13 : 6. Pensyarah Pergigian Pelatih Gred DUG13P akan diselaraskan ke Pensyarah Pergigian Gred DUG13 sehari selepas disahkan dalam perkhidmatan atas Gred DUG13P.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DUG14 (PROFESOR MADYA) : 7. Pensyarah Pergigian Gred DUG13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred DUG14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DUG15 (PROFESOR MADYA) : 8. Pensyarah Pergigian Gred DUG14 (Pakar) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred DUG15 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS C (PROFESOR) : 9.
  1. Pensyarah Pergigian Gred DUG14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pensyarah Pergigian Gred DUG15 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS B (PROFESOR) : 10. Pensyarah Pergigian Gred Khas C adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas B tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS A (PROFESOR) : 11. Pensyarah Pergigian Gred Khas B adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas A tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
GRED DUG13 KE GRED KHAS C
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 12. Pensyarah Pergigian Gred DUG13 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT
GRED KHAS C KE GRED KHAS A
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 13. Pensyarah Pergigian Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas A.
KENAIKAN PANGKAT
GRED KHAS III
(PROFESOR ULUNG)
: 14. Pensyarah Pergigian Gred Khas A adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas Turus III tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
GRED KHAS TURUS II
(PROFESOR ULUNG)
: 15. Pensyarah Pergigian Gred Khas Turus III adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas Turus II tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS I
(PROFESOR ULUNG)
: 16. Pensyarah Pergigian Gred Khas Turus II adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Pergigian Gred Khas Turus I tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang unggul mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA EKSEKUTIF : 17. Pensyarah Pergigian Gred Khas C dan ke atas adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi dalam jawatan Ketua Eksekutif yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan dalam bidang pengajian tinggi; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pensyarah Pergigian yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2016).