Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pensyarah Farmasi Gred DUF11

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF11

    1. Ijazah Sarjana dalam bidang Farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF11: RM3,320.00); atau

    2. Ijazah Kedoktoran dalam bidang Farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF11: RM3,540.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF13

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) di atas;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF13: RM6,210.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DUF14 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) di atas;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DUF14: RM6,560.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) di atas;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,990.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DUF13 : 5. Pensyarah Farmasi Gred DUF11 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred DUF13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DUF14 (PROFESOR MADYA) : 6. Pensyarah Farmasi Gred DUF13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred DUF14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS C (PROFESOR) : 7. Pensyarah Farmasi Gred DUF14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS B (PROFESOR) : 8. Pensyarah Farmasi Gred Khas C adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas B tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS A (PROFESOR) : 9. Pensyarah Farmasi Gred Khas B adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas A tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
GRED DUF11 KE GRED DUF14
(PROFESOR MADYA)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 10. Pensyarah Farmasi Gred DUF11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred DUF14.
KENAIKAN PANGKAT
GRED DUF11 KE GRED KHAS C
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 11. Pensyarah Farmasi Gred DUF11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT
GRED DUF13 KE GRED KHAS C
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 12. Pensyarah Farmasi Gred DUF13 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT
GRED KHAS C KE GRED KHAS A
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 13. Pensyarah Farmasi Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas A.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS III
(PROFESOR ULUNG)
: 14. Pensyarah Farmasi Gred Khas A adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas Turus III tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS II
(PROFESOR ULUNG)
: 15. Pensyarah Farmasi Gred Khas Turus III adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas Turus II tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS I
(PROFESOR ULUNG)
: 16. Pensyarah Farmasi Gred Khas Turus II adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Farmasi Gred Khas Turus I tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang unggul mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA EKSEKUTIF : 17. Pensyarah Farmasi Gred Khas C dan ke atas adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi dalam jawatan Ketua Eksekutif yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  2. telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan dalam bidang pengajian tinggi; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pensyarah Farmasi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). .