Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pensyarah Perubatan Pelatih Gred DU13P

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DU13P

    1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan

       

    2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU13P: RM4,430.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DU13

    1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU13: RM6,210.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU13: RM6,540.00); atau

    3. Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU13: RM6,540.00).

    dan

    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DU14 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);

    dan

    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik atau perubatan yang sangat istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(c )(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU14: RM6,560.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DU15 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);

    dan

    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik atau perubatan yang sangat istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(d)(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DU15: RM7,030.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(b);

    dan

    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan;
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik atau perubatan yang terkemuka mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan selain daripada pengalaman yang ditetapkan dalam 1(e)(ii).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,990.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pensyarah Perubatan dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pensyarah Perubatan Pelatih yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. memiliki kelayakan kepakaran atau ijazah sarjana dalam bidang berkenaan yang disyaratkan;
  3. telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebagai Pensyarah Perubatan Pelatih;
  4. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan; dan
  5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    5. Pensyarah Perubatan yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PELARASAN DARI GRED DU13P KE GRED DU13 : 6. Pensyarah Perubatan Pelatih Gred DU13P akan diselaraskan ke Pensyarah Perubatan Gred DU13 sehari selepas disahkan dalam perkhidmatan atas Gred DU13P.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DU14 (PROFESOR MADYA) : 7. Pensyarah Perubatan Gred DU13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred DU14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DU15 (PROFESOR MADYA) : 8. Pensyarah Perubatan Gred DU14 (Pakar) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred DU15 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS C (PROFESOR) : 9.
  1. Pensyarah Perubatan Gred DU14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pensyarah Perubatan Gred DU15 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS B (PROFESOR) : 10. Pensyarah Perubatan Gred Khas C adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas B tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS A (PROFESOR) : 11. Pensyarah Perubatan Gred Khas B adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas A tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
GRED DU13 KE GRED KHAS C
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 12. Pensyarah Perubatan Gred DU13 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT
GRED KHAS C KE GRED KHAS A
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 13. Pensyarah Perubatan Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas A.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS III
(PROFESOR ULUNG)
: 14. Pensyarah Perubatan Gred Khas A adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas Turus III tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS II
(PROFESOR ULUNG)
: 15. Pensyarah Perubatan Gred Khas Turus III adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas Turus II tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS I
(PROFESOR ULUNG)
: 16. Pensyarah Perubatan Gred Khas Turus II adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas Turus I tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang unggul mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA EKSEKUTIF : 17. Pensyarah Perubatan Gred Khas C dan ke atas adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi dalam jawatan Ketua Eksekutif yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan dalam bidang pengajian tinggi; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2016).