Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pensyarah Universiti Gred DS11

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS11

    1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,320.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,320.00); atau

    3. Ijazah Sarjana Muda Veterinar dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,320.00); atau

    4. kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,650.00); atau

    5. Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,650.00).

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a);
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS13: RM6,210.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS14 (PROFESOR MADYA)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a);
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred DS14: RM6,560.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

    1. mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a);
    2. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    3. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,990.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DS13 : 5. Pensyarah Universiti Gred DS11 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED DS14 (PROFESOR MADYA) : 6. Pensyarah Universiti Gred DS13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS C (PROFESOR) : 7. Pensyarah Universiti Gred DS14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS B (PROFESOR) : 8. Pensyarah Universiti Gred Khas C adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas B tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS A (PROFESOR) : 9. Pensyarah Universiti Gred Khas B adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas A tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED DS11 KE GRED DS14
(PROFESOR MADYA)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 10. Pensyarah Universiti Gred DS11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred DS14.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED DS11 KE GRED KHAS C
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 11. Pensyarah Universiti Gred DS11 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED DS13 KE GRED KHAS C
(PROFESOR )
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 12 Pensyarah Universiti Gred DS13 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS C KE GRED KHAS A
(PROFESOR)
DALAM KEADAAN ISTIMEWA
: 13. Pensyarah Universiti Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas A.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS III
(PROFESOR ULUNG)
: 14. Pensyarah Universiti Gred Khas A adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus III tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS II
(PROFESOR ULUNG)
: 15. Pensyarah Universiti Gred Khas Turus III adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus II tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
GRED KHAS TURUS I
(PROFESOR ULUNG)
: 16. Pensyarah Universiti Gred Khas Turus II adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus I tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang unggul mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA EKSEKUTIF : 17. Pensyarah Universiti Gred Khas C dan ke atas adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi dalam jawatan Ketua Eksekutif yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;
  3. telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan dalam bidang pengajian tinggi; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pensyarah Universiti yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).