KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PENGANGKUTAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Penerbangan, Elektrik atau Elektronik) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00); atau
- Aircraft Maintenance Engineer’s Licence yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred AT9: RM2,690.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEMERIKSA KAPAL TERBANG GRED AT10, AT12, AT13 ATAU AT14 |
: |
4. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10, AT12, AT13 atau AT14.
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred AT10: RM3,840.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT12: RM5,530.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT13: RM6,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT14: RM6,560.00).
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
5. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus-kursus lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
6. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda atau kursus lain yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT10 |
: |
7. |
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT12 |
: |
8. |
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT13 |
: |
9. |
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AT14 |
: |
10. |
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
11. |
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |