Accessibility Tools

Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pegawai Kawalan Trafik Udara

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,360.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

      (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,800.00).

dan

    1. Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    2. lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
    3. lulus pemeriksaan perubatan Aviation Medical Examination Class III seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik; dan
    4. hadir dan lulus kursus asas Kawalan Trafik Udara dalam bidang Primary Air Traffic Control dan Area Procedural Control.

atau

    1. pesara atau bekas pegawai tentera berpangkat sekurang kurangnya Leftenan Muda atau setaraf dengannya dan disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan memenuhi syarat-syarat berikut:
      1. mencapai sekurang-kurangnya tahap 4 dalam peperiksaan English Language Proficiency yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau setaraf; dan
      2. memiliki lesen lapangan aktif (live rating) atau kompetensi lapangan aktif (live competency).

        (Gaji permulaan ialah pada Gred A9: RM2,800.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i) dan 1(a)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  1. lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan
  2. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan tamat dengan jayanya kursus A.T.C Radar serta memperolehi A.T.C Radar Rating sebelum tamat tempoh percubaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. hadir dengan jayanya kursus A.T.C Radar serta memperolehi A.T.C Radar Rating seperti yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A10 : 6. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A12 : 7. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A12 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A13 : 8. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A13 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A14 : 9. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A14 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).