Accessibility Tools

Skip to main content

Pembantu Kesihatan Awam Gred U1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Jadual Gaji 
    Gaji Minimum


    :

    RM1,500.00

    Gaji Maksimum

    :

    RM4680.00

    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

    :

    RM100.00

    Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred U1: RM1,561.00) 

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3. Pemohon dengan kelayakan Sijil Pembantu Kesihatan Awam hendaklah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Continue reading

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan 
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    Kementerian/Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia

    Jadual Gaji 

    Gaji Minimum

     

    :

     

    RM1,500.00

    Gaji Maksimum : RM4,680.00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
    Syarat Lantikan  : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,500.00).

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Continue reading

Pembantu Juruaudit Gred W1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan 
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    Kementerian/Jabatan : Jabatan Audit Negara

    Jadual Gaji 

    Gaji Minimum

     

    :

     

    RM1,500.00

    Gaji Maksimum

    :

    RM4,680.00

    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

    :

    RM100.00

    Syarat Lantikan  : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

      2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00); atau

      5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
    • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

    • Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Continue reading

Pembantu Penilaian Gred W1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan 
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    Kementerian/Jabatan : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

    Jadual Gaji 

    Gaji Minimum

     

    :

     

    RM1,500.00

    Gaji Maksimum

    :

    RM4680.00

    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

    :

    RM100.00

    Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

      2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3. Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Continue reading

Pembantu Akauntan Gred W1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    Kementerian/Jabatan  : Jabatan Akauntan Negara

    Jadual Gaji 

    Gaji Minimum

     

    :

     

    RM1,500.00

    Gaji Maksimum : RM4680,00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
    Syarat Pelantikan  : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

      2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00); atau

      5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3
    • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

    • Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 .

Continue reading

Pembantu Penguasa Kastam Gred WK1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan 
    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksanaan
    Kementerian/Jabatan  : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

    Jadual Gaji

    Gaji Minimum

     

    :

     

    RM1,500,00

    Gaji Maksimum : RM4,680.00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
    Syarat Lantikan  : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

        (Gaji permulaan pada Gred WK1: RM1,500.00); atau

      2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred WK1: RM1,561.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan pada Gred WK1: RM1,622.00).

    dan

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

      1. tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3 Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 .

Continue reading

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan  : Kewangan 
    Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana 
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,500.00); atau

      2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau

      4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00); atau

      5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1.  memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W2 : 5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W2 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W3 : 6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W3 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED W4 : 7. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W4 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN
    SECARA LANTIKAN KE
    JAWATAN PENOLONG
    PEGAWAI TADBIR GRED N5
    ATAU PENOLONG AKAUNTAN
    GRED W5
    : 8. Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 atau Penolong Akauntan Gred W5 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
    Nota:Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Pembantu Kemahiran Gred H1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
    Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
    Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

    Jadual Gaji
    Gaji Minimum


    :

    RM1,500.00
    Gaji Maksimum : RM4,680.00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
    Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

      2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

         
      4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); atau

      5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
    • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
    • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
    • Pemohon dengan kelayakan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal dan/atau Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
     Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Continue reading

Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    Klasifikasi Perkhidmatan : Pengangkutan
    Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
    Kementerian/Jabatan : Jabatan Pengangkutan Jalan

    Jadual Gaji
    Gaji Minimum


    :

    RM1,500.00
    Gaji Maksimum : RM4,680.00
    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
    Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,500.00); atau

      2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,500.00); atau

      3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,561.00); atau

      4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,622.00).

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian   (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
    Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
    • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
    • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
    • Lesen memandu Kelas B2/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan adalah dipaparkan di dalam Sistem SPA9 secara integrasi data dengan MyJPJ.
     Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

SPM/SVM

Continue reading