Accessibility Tools

Skip to main content

Penolong Juruukur Gred JA5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

      2. Diploma Ukur Tanah atau Diploma dalam bidang Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA6 : 5. Penolong Juruukur Gred JA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA7 : 6. Penolong Juruukur Gred JA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA8 : 7. Penolong Juruukur Gred JA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN JURUGEOSPATIAL GRED J9 ATAU JURUUKUR GRED J9 : 8. Penolong Juruukur yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J9 atau Juruukur Gred J9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
    2. Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
    3. Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
    4. Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Juruukur yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021).

Continue reading

Penolong Juruukur Bahan Gred JA5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

      2. Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA6 : 5. Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA7 : 6. Penolong Juruukur Bahan Gred JA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA8 : 7. Penolong Juruukur Bahan Gred JA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN JURUUKUR BAHAN GRED J9 : 8. Penolong Juruukur Bahan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J9 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Juruukur Bangunan Gred J5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Diploma Ukur Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred J5: RM2,055.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J6 : 5. Penolong Juruukur Bangunan Gred J5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bangunan Gred J6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J7 : 6. Penolong Juruukur Bangunan Gred J6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bangunan Gred J7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED J8 : 7. Penolong Juruukur Bangunan Gred J7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bangunan Gred J8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN JURUUKUR BANGUNAN GRED J9 : 8. Penolong Juruukur Bangunan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Membantu dalam kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Juruukur Bangunan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

      2. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA6 : 5. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA7 : 6. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA8 : 7. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J9 : 8. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.
    2. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.
    3. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.
    4. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus.Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

      2. Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA6 : 6. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA7 : 7. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA8 : 8. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA GRED J9 : 9. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Penguasa Penjara Gred KA5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KA5: RM1,650.00); atau

      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      4. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KA5: RM1,893.00).

    dan

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KA6 : 6. Penolong Penguasa Penjara Gred KA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KA7 : 7. Penolong Penguasa Penjara Gred KA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KA8 : 8. Penolong Penguasa Penjara Gred KA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENGUASA PENJARA GRED KA9 : 9. Penolong Penguasa Penjara yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KA9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Penguasa Bomba Gred KB5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB5: RM1,731.00); atau

      2. Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(b) dan 1(c ).

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB5: RM1,731.00); atau

      3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB5: RM1,812.00); atau

      4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB5: RM1,893.00); atau

      5. Diploma Kejuruteraan atau Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KB5: RM2,055.00).

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

    dan

    1. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PENGECUALIAN : 4. Ketua Jabatan/Perkhidmatan mengikut budi bicaranya boleh memberi pengecualian kepada pegawai yang dilantik melalui Peningkatan Secara Lantikan daripada skim perkhidmatan Pegawai Bomba sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada syarat-syarat latihan yang ditetapkan.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 5. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
    3. memiliki Diploma Sains Kebombaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB6 : 7. Penolong Penguasa Bomba Gred KB5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB7 : 8. Penolong Penguasa Bomba Gred KB6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KB8 : 9. Penolong Penguasa Bomba Gred KB7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENGUASA BOMBA GRED KB9 : 10. Penolong Penguasa Bomba yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
    2. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
    3. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
    4. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

      5. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00).

    dan

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iii) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP6 : 6. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP7 : 7. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP8 : 8. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP9 : 9. Penolong Pegawai Keselamatan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Keselamatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5

  • Caption Syarat Lantikan 1:
    KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
    KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
    SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00); atau

      6. Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,974.00).

    1. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
      1. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau

      2. Diploma dalam bidang Hortikultur, Pemakanan, Kesihatan Haiwan atau Penternakan atau Diploma Veterinar atau Diploma Teknologi Makanan atau Diploma Pertanian atau Diploma Perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,974.00).

    dan

    1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(v), 1(a)(vi), 1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Penguat Kuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1, Gred AB2 atau Gred AB3 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) atau 1(b); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    1. memenuhi tempoh percubaan;
    2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP6 : 6. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP6 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP7 : 7. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP7 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP8 : 8. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP8 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP9 : 9. Penolong Pegawai Penguat Kuasa yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
    DESKRIPSI TUGAS :
    1. Kementerian Dalam Negeri
      Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
    2. Kementerian Pengangkutan
      Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
    3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
      Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
    4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
      Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.
    Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Continue reading