Wartawan Gred S5
- Caption Syarat Lantikan 1:
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SOSIAL KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: - memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S6 : 5. Wartawan Gred S5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Wartawan Gred S6 yang kosong apabila telah: - disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S7 : 6. Wartawan Gred S6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Wartawan Gred S7 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S8 : 7. Wartawan Gred S7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Wartawan Gred S8 yang kosong apabila telah: - mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI BERITA GRED S9 : 8. Wartawan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Berita Gred S9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Wartawan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). -