Accessibility Tools

Skip to main content

Diploma/STPM/STAM/HSC

Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Diploma Kejuruteraan (Aeronautik, Elektrik, Elektronik atau Mekanikal) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred A5: RM2,055.00).

    2. bekas anggota polis atau tentera udara yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya yang telah:
      1. telah disahkan dalam perkhidmatan;
      2. mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan air-frame, enjin, elektrik, instrumen atau radio kapal terbang; dan
      3. lulus Peperiksaan Khas anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

      (Gaji permulaan ialah pada Gred A5: RM2,055.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A6 : 5. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A7 : 6. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED A8 : 7. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A8 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEMERIKSA KAPAL TERBANG GRED A9 : 8. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred A9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).