Accessibility Tools

Skip to main content

Permohonan Pekerjaan

Permohonan Pekerjaan

  • Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)

    • Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
    • Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:

    a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

      1. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
      2. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
      3. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
      4. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
      5. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

    b. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) - Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

  • Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9

    • Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
      • Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 
      • Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan):
        1. Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA9 dan
        2. Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA
    • Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
    • Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
    • Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
      1. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
      2. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
      3. Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:

    Kelayakan Akademik Gred Jawatan Yang Boleh Dimohon
    Ijazah Sarjana Muda Gred 41
    Ijazah Sarjana Muda 
    dan
    Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    Gred 41
    dan
    Gred 29
    Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gred 29
    Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    dan
    SPM/SVM
    Gred 29
    dan
    Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
    dan
    Gred 19
    SPM/SVM Gred 19
    dan
    Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
    SPM/SVM
    dan
    Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
    Gred 19
    dan
    Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
    dan
    Gred 11
    •  
    • Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
    • Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan/ujian. Calon yang lulus dalam peperiksaan/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke peperiksaan/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan peperiksaan/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 
    • Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga. 
    • Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9.

Continue reading

Semakan Keputusan

Semakan Keputusan

Continue reading

Orang Kurang Upaya (OKU)

Panduan Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:

Kategori Penjelasan
Kurang Upaya Pendengaran

Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
Kurang Upaya Penglihatan

Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:

Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.

Kurang Upaya Fizikal Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
Masalah Pembelajaran Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
Kurang Upaya Pertuturan Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
Kurang Upaya Mental

Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

Kurang Upaya Pelbagai Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

Continue reading

Surat Edaran

Surat Edaran


Tahun
Bahagian
Pekeliling
Tarikh Surat
2025 Tatatertib
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) Tahun 2024
5 Februari 2025
2024 Pengambilan
  1. Surat Edaran Penubuhan Unit Perkhidmatan Awam Negeri (PRISMA9)
24 Disember 2024
  1. Surat Edaran Bagi Urusan Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP 1/2024) - Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
11 Disember 2024
  1. Surat Edaran Bagi Urusan Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP 1/2024) - Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
1 November 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Ketiga (Julai-September) Tahun 2024
18 Oktober 2024
  1. Surat Perwakilan Kuasa Bagi Pemberian Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP 1/2024) Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
3 Oktober 2024
Tatatertib
  1. Surat Edaran Kesegeraan Mengambil Tindakan oleh Ketua Jabatan Yang Bertanggungjawab Melaporkan Salah Laku Pegawai Kepada Pihak Berkuasa Tatatertib 
7 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Kesegeraan Mengambil Tindakan Oleh Ketua Jabatan Dan Lembaga Tatatertib Dalam Urusan Rayuan Tatatertib
7 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua (April hingga Jun) Tahun 2024
6 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama (Januari-Mac) Tahun 2024
10 Mei 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober-Disember) Tahun 2023
8 Februari 2024
2023 Perkhidmatan

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Suku Tahun Ketiga (Julai-September) Tahun 2023    

02 November 2023

2. Surat Penarikan Balik Pewakilan Kuasa Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Kumpulan Pelaksana Gred Yang Setara Dengan Gred 19 Di Bawah Surat Cara Pewakilan Kuasa 1997[P.U.(B)189/1997]

7 September 2023

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Suku Tahun Kedua (April - Jun) Tahun 2023

13 Julai 2023

4. Surat Edaran Senarai Semak (Check-List) Penyediaan Dokumen Urusan Tindakan Tatatertib

13 Julai 2023

5. Surat Edaran Permohonan Penentuan Gaji Permulaan Berdasarkan Kelayakan Masuk Bagi Calon Lantikan tetap

6 April 2023

6. Surat Edaran Rumusan Bengkel Tata Kelola Urusan Tatatertib Tahun 2023

23 Mac 2023

7. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober - Disember) Tahun 2022

31 Januari 2023
2022 Perkhidmatan

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Ketiga (Julai - September) Tahun 2022

14 Oktober 2022

2. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2022

20 Julai 2022

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2022

18 Mei 2022

4. Surat Edaran Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria dan Pembantu Kesatria

8 Februari 2022
2021 Tatatertib

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua dan Ketiga Tahun 2021    

18 November 2021

2. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Jurubahasa Serentak dan Pembantu Makmal Filem Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan Jurubahasa Serentak dan Pembantu Makmal Filem

24 Ogos 2021

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2021

7 Mei 2021

4. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat Tahun 2020

11 Februari 2021
2020 Tatatertib

1. Surat Pelaksanaan Modul Penentuan Status Tawaran Calon yang Menghidap Masalah Kesihatan melalui Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP)

14 Ogos 2020

2. Surat Pewakilan Kuasa Bagi Urusan Pertukaran Ketua Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (Stor) di bawah Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

11 Ogos 2020

3. Surat Pemerhati Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Hingga Ketiga Tahun 2020  

24 September 2020

4. Surat Edaran Perwakilan Kuasa Bagi Penawaran Opsyen pertukaran Pelantikan Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Gred KP14 dan KP11 dari Pusat Tahanan Sementara, Majlis Keselamatan Negara ke Skim Perkhidmatan Pegawai imigresen gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia    

23 Disember 2020
2017 Tatatertib

1. Penentuan Gaji Permulaan Untuk Kali Pertama Kepada Pegawai Lantikan Tetap Yang Mempunyai Pengalaman Contract Of Service (COS) atau Contract For Service (CFS) di Sektor Awam (termasuk Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan) Yang Berkaitan Dengan Jawatan Yang Disandangnya Mengikut Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

5 Mei 2017
2016 Tatatertib

1. Perwakilan Kuasa Bagi Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

[1] [2]

9 Mei 2016
Perkhidmatan

1. Penentuan Gaji Permulaan Yang Lebih Tinggi Kepada Pegawai Lantikan Tetap Untuk Kali Pertama Mengikut Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturanpegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

27 Mei 2016
2015 Tatatertib

1. Pelaksanaan Peraturan Berkenaan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam Oleh Ketua Jabatan

21 Disember 2015
2014 Tatatertib

1. Perwakilan Kuasa Bagi Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Bagi Pelaksanaan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan bagi Pejabat SUK Pulau Pinang, SUK Melaka, SUK Perlis, SUK Negeri Sembilan

8 Januari 2014

2. Surat Penarikan Balik Pewakilan Untuk Melantik, Mengesahkan Dalam Perkhidmatan Dan Memasukkan Ke Dalam Perjawatan Berpencen Jawatan-Jawatan Kumpulan Sokongan II (Gred 1 Hingga 16) Di Bawah Surat Cara Pewakilan Kuasa 1997 [P.U .(B) 496/1997]

14 Mac 2014

3. Pertukaran Pelantikan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Gred N11/N14 dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11/F14 Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

11 September 2014

4. Perwakilan Kuasa Bagi menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Skim Perkhidmatan Renjer Hutan, Penolong Pemelihara Hutan dan Pengawas Hutan

26 November 2014
2013 Tatatertib

1. Permohonan Perwakilan Kuasa Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Bagi Pelaksanaan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

19 November 2013

2. Perwakilan Kuasa Melaksanakan Opsyen Pertukaran Pelantikan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim ke Skim Perkhidmatan Yang Baharu

24 Disember 2013
2010 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen kepada 39 Orang Pegawai Pelbagai Jawatan dan Gred dari Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

28 September 2010

2. Pertukaran Pelantikan  Melalui  Pemberian Opsyen Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Gred S11 Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Mengikut  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009

6 Mei 2010

3. Surat Edaran Pemberian Opsyen bagi Skim Perkhidmatan Tukang Masak Gred N1,N4 ke Skim Perkhidmatan Tukang Masak Gred N17 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009

19 April 2010

4. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36 Berikutan Perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

26 Januari 2010
2009 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Pembantu Tadbir Rendah (PTR) Gred N11, N14 dan Operator Mesin Prosesan Data (OMPD) Gred N11, N14 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan

9 Julai 2009
2008 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen 89 Orang Pegawai di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah ke Perkhidmatan Gunasama Am Persekutuan

7 November 2008
2005 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Seramai 12,217 Orang Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara Dan Pegawai Penjara Pelbagai Gred Skim Perkhidmatan Baru Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara Dan Pegawai Penjara

26 Oktober 2005

2. Pertukaran pelantikan melalui opsyen seramai 786 orang pegawai pelbagai jawatan di bawah klsaifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan ke skim perkhidmatan pengajar

5 September 2005

3. Kelulusan pertukaran pelantikan melalui Opsyen seramai 79 orang Pembantu Kesihatan Awam Gred U11 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 Kementerian Pertahanan

29 Jun 2005

4. Kelulusan pertukaran pelantikan melalui Opsyen seramai 2107 Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U14 dan U11 ke Skim Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 dan 2881 orang Pembantu Kesihatan Awam Gred U14 dan U11 ke Skim Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

19 Mei 2005

Continue reading

Surat Pekeliling

Surat Pekelliling


Tahun
Bil
Pekeliling
Muat Turun
2025 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2025

  1. Sistem e-Pengisian 2.0
  1. Sistem Lantikan Kontrak (SLK)

  1. Format Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2025
2024 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2024

2023 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2023

2 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2023 (2)

2022 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

2019 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2018 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2017 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

2 .

Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib

2016 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2014 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2012 1 .

Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract of Service)

2011 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2 .

Prosedur Pengesahan Pelantikan

3 .

Prosedur & Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan

2010 1 .

Garis Panduan Pengendalian Dokumen Untuk Kes-Kes Rayuan Tatatertib di bawah bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

2005 1 .

Panduan Pertukaran Perkhidmatan

2004 . 1

Permohonan Jawatan Secara Online oleh Pegawai Sedang Berkhidmat 

2000 . 1

Pelanjutan Tempoh Percubaan


Continue reading

Pekeliling

Pekeliling


Tahun
Bil
Pekeliling
Muat Turun
2024 1

Pelaksanaan Urusan Pengesahan Pelantikan Bagi Calon Lantikan Secara Kontrak (Interim) 

2

Pengurusan Tawaran Pelantikan 

2023 1

Pelaksanaan Integrated Service And Disciplinary System (TERAS) Bagi Urusan Perkhidmatan Di Kementerian, Jabatan Persekutuan Dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri

2021 1

Pengurusan Tawaran Pelantikan Secara Tetap

2020 1

Panduan Penentuan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan dan Dilantik Ke Jawatan Lain

2017 1

Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan

2014 1

Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

2

Tatacara Pengambilan Secara Pentadbiran Bagi Jawatan Gred 16 dan Ke Bawah 

3

Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri

1998 1

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 - Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam


  • Urusan Pengambilan

    Bil. Punca Kuasa
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 2008;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 2010 - Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya 2010;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2012 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri 2012;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2018 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri;
    6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016 - Penambahan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak <emstyle="color:black;">(Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan 2016;
    7. Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2017 - Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan 2017;
    8. Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2004 - Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat 2004;
    9. Surat Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2012 - Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract Of Service) 2012;
    10. Surat Pekeliling SPA Bil.3 Tahun 2016 - Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2016; dan
    11. Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat Dan Kawalan Tatatertib 2017.
  • Urusan Perkhidmatan

    Bil. Punca Kuasa
    1. Akta Pencen 1980;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002 - Panduan Pertukaran Pelantikan 2002;
    3. Pekeliling Perkidmatan Bil. 12 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2008;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2009 - Dasar Dan Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin 2009;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 - Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan 2010;
    6. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
    7. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011 - Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
    8. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2013;
    9. Surat Pekeliling Pekhidmatan Bil. 17 Tahun 2001 - Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam 2001;
    10. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2012 - Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2012;
    11. Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2014 - Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Prkhidmatan Awam 2014;
    12. Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2014 - Pelaksanaan Sistem Pengesahan Di Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri 2014;
    13. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan 2000;
    14. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan 2005;
    15. Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan 2011; dan
    16. Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur Dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan 2011.
  • Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib

    PERSEKUTUAN

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 [P.U.(A) 246/2002]
    3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 [P.U.(A) 111/2006]
    4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U.(A) 132/2007]
    5. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 250/2007]
    6. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2011 [P.U.(A) 435/2011]
    7. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2015 [P.U.(A) 252/2015]
    8. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]
    9. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam (Pindaan) 2005 [P.U.(A) 221/2005]
    10. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010]

    NEGERI SEMBILAN

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.5/1996]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006 [N.S.P.U.2 J/2006]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.6/1996]

    MELAKA

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002 [M.P.U.10/2002]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003 [M.P.U.31/2003]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2002 [M.P.U.9/2002]
    4. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975

    PULAU PINANG

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 [Pg.P.U.13/1997]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) (Pindaan) 2016 [Pg.P.U.2/2016]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.1/1989]
    4. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.2/1989]

    PERLIS

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.8/1993]
    2. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.9/1993]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991 [Ps.P.U.1/1991]

Continue reading

Penerbitan

Continue reading

Koleksi Audio

Koleksi Audio

  • Lagu Korporat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    Dengan semangat merdeka
    Tertubuhnya Suruhanjaya
    Perkhidmatan Awam Malaysia
    Satu badan yang penuh berwibawa

    Bebas adil & berkesan
    Asas segala urusannya
    Melaksanakan fungsi perlembagaan
    Mencorak perkhidmatan awam Negara

    Kualiti menjadi teras perkhidmatan
    Mudah cepat tepat asas tindakan
    Nilai etika murni diamalkan
    Mendokong perkhidmatan cemerlang

    Sentiasa bertekad & berusaha
    Menempuh arus kemajuan
    Berbekal semangat yang waja
    Bergerak mencapai wawasan

    Lagu oleh:
    Abdul Rahman bin Jaafar dan
    Allahyarham Alias bin Jamsuri

    Lirik oleh:
    Tuan Haji Zolkiflie bin Rasip

  • Lagu ISO : Satu Aspirasi

    Terlakar satu semangat
    Menuju selangkah bersama…ke satu matlamat…bermulalah
    Penuhi janji harapan
    Tingkatkan kerja....berusaha…menuju impian…disinilah

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti.....jadi realiti

    Berteras satu wawasan
    Berganding bahu...meneruskan impian satu.....bersamalah
    Penuhi janji harapan....tingkatkan kerja berusaha...menuju impian...disinilah.....

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti......

    ISO kini penentu kualiti
    Satu SPA penuh aspirasi
    Khidmat dipuji
    Satu visi dan misi...berusahalah...
    Janji yang pasti.....jadi realiti

    Lagu oleh:
    Puan Aziana binti Abdullah
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

    Lirik oleh:
    Encik Kamarul Arriffin bin Abu Yahma
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

    Penyanyi oleh:
    Puan Aziana binti Abdullah
    (Bahagian Pengambilan Khas, SPA)

  • Lagu Perkhidmatan Awam

    Kita memegang amanah bangsa
    Kita juga telah berikrar
    Taat setia korban tenaga
    Bela bangsa dan negara

    Etika kerja kita amalkan
    Tekun jujur dan berbudaya
    Gandakan hasil dan pembangunan
    Berkhidmat bakti berjasa

    Agama asas pegangan
    Perlembagaan negara dijulang
    Rukun negara jadi pedoman
    Kitalah benteng Malaysia

  • Lagu Malaysiaku Gemilang

    Marilah kita semua
    Atas nama negara bangsa
    Dengan Tekad mulia
    Maju berwawasan
    Mencipta keagungan

    Berpadulah kita semua
    Di dalam satu suara
    Dengan degupan Merdeka
    Menjulang budaya bangsa
    Untuk Malaysia tercinta

    Malaysiaku gemilang
    Merdekanya terbilang
    Berdaulat dan makmur
    Berjaya kami syukur

    Malaysia, kebebasan kedamaian
    Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
    Malaysia, cemerlang terbilang
    Malaysiaku gagah gemilang

    Lagu oleh:
    Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya

    Lirik oleh:
    Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

    Penyanyi oleh:
    Roy

  • Lagu Malaysia Prihatin

    Kedamaian milik kita bersama
    Amanah bangsa junjung selamanya

    Abadikanlah jiwa dan ragamu Teguh sinar cahaya satukan jiwa

    Semarakkan api cinta di hati
    Pada setiap insan kita gapaikan

    Agar gemilang mekar di persada
    Satu langkah satu hati untukmu pertiwi

    Di mana bumi dipijak
    Di situ langit dijunjung
    Kita gunungkan semangat sejiwa

    Walau di mana saja berada
    Makmurnya seiringan
    Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan

    Malaysia Prihatin selamanya
    Negara bangsa diutamakan
    Khidmat diberi dengan penuh rela

    Tanah air yang tercinta
    Namamu harum di puncak dunia

    Payung mahkota teras pertiwi
    Di persada nan gemilang.

Continue reading