Accessibility Tools

Skip to main content

Arkib Video

  • YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A dalam Program "Lanskap" di TV1
    Sila klik pautan berikut :

  • Video Temubual Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Di Dtube TV
  • Montaj Pelancaran Karnival Kerjaya SPA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis
  • Video Ucapan YAB Perdana Menteri di Majlis Makan Malam SPA Bersama YAB Perdana Menteri
  • Video Ucapan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Makan Malam SPA Bersama YAB Perdana Menteri
  • Montaj Pelancaran Sistem Pengambilan Secara Profiling [MyRecruitment] Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Montaj Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • E-Book Koleksi Gambar Imbasan 2009 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Video Korporat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Continue reading

Arkib Galeri

  • 2021

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2020

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2019

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2018

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2017

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2016

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2015

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2014

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2013

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
  • 2012

    Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember

Continue reading

Semakan Penjadualan

Semakan Penjadualan

Continue reading

Data Terbuka

Data Terbuka

  • Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
  • Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
  • Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat: Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
  • Lihat Set Data SPA

Continue reading

Statistik Urusan Perlantikan

Statistik Urusan Perlantikan

Buku Statistik Urusan SPA 2019-2023

Buku Statistik Urusan SPA untuk Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan 2019-2023

Continue reading

Orang Awam

Continue reading

Penjawat Awam

Continue reading

Warga SPA

Continue reading

Syarat Lantikan / Gaji / Deskripsi Tugas

Syarat Permohonan

PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN

KEWARGANEGARAAN : Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
HAD UMUR : Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
: Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
: Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN : Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
: Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
: Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat
Rujukan: 
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

PENENTUAN KELAYAKAN BAGI URUSAN PELANTIKAN ATAU PERTUKARAN PELANTIKAN YANG MENSYARATKAN KELAYAKAN SPM, SVM DAN STPM/STAM

(Kelayakan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam)

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka

    Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan SPM Sijil Terbuka seperti berikut:

    1. lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripadamata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau

    2. lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut;dan

    3. memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim pekhidmatan.

  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

    Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh encapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:

    Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104)
    Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’
    Lulus Sekurang-kurangnya Gred ‘E’
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)

    (b) lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu

    (1) peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat:

    1. Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
    2. Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
    3. Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
    4. Gred A dan C (NGMP 4.00 dan 2.00).

    ATAU

    lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan dua (2) mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu (1) peperiksaan STPM;

    ATAU

    lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

    Calon yang memiliki Sijil STAM adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan yang bersesuaian di peringkat STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

    1. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu (1) peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
      1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
    2. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a)(i) hingga (x) di atas.

Continue reading