Accessibility Tools

Skip to main content

Penafian

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.

Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini termasuk semua rekaan, teks, gambar, ilustrasi, bahan media dan kandungan untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

 

Continue reading

Punca Kuasa

Punca Kuasa SPA

Punca Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

  • A. Fungsi SPA

    Bil. Punca Kuasa
    1. Perlembagaan Persekutuan – Bahagian X (Perkhidmatan -Perkhidmatan Awam);
    2. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1957;
    3. Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2017 ; dan
    4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
  • B. Urusan Pengambilan

    Bil. Punca Kuasa
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 2008;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 2010 - Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya 2010;
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2012 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri 2012;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2018 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri;
    6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016 - Penambahan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak <emstyle="color:black;">(Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan 2016;
    7. Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2017 - Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan 2017;
    8. Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2004 - Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat 2004;
    9. Surat Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2012 - Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract Of Service) 2012;
    10. Surat Pekeliling SPA Bil.3 Tahun 2016 - Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2016; dan
    11. Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat Dan Kawalan Tatatertib 2017.
  • C. Urusan Perkhidmatan

    Bil. Punca Kuasa
    1. Akta Pencen 1980;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002 - Panduan Pertukaran Pelantikan 2002;
    3. Pekeliling Perkidmatan Bil. 12 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2008;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2009 - Dasar Dan Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin 2009;
    5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 - Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan 2010;
    6. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
    7. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011 - Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
    8. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2013;
    9. Surat Pekeliling Pekhidmatan Bil. 17 Tahun 2001 - Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam 2001;
    10. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2012 - Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2012;
    11. Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2014 - Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Prkhidmatan Awam 2014;
    12. Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2014 - Pelaksanaan Sistem Pengesahan Di Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri 2014;
    13. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan 2000;
    14. Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan 2005;
    15. Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan 2011; dan
    16. Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur Dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan 2011.
  • D. Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib

    PERSEKUTUAN

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 [P.U.(A) 246/2002]
    3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 [P.U.(A) 111/2006]
    4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U.(A) 132/2007]
    5. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 250/2007]
    6. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2011 [P.U.(A) 435/2011]
    7. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2015 [P.U.(A) 252/2015]
    8. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]
    9. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam (Pindaan) 2005 [P.U.(A) 221/2005]
    10. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010]

    NEGERI SEMBILAN

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.5/1996]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006 [N.S.P.U.2 J/2006]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.6/1996]

    MELAKA

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002 [M.P.U.10/2002]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003 [M.P.U.31/2003]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2002 [M.P.U.9/2002]
    4. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975

    PULAU PINANG

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 [Pg.P.U.13/1997]
    2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) (Pindaan) 2016 [Pg.P.U.2/2016]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.1/1989]
    4. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.2/1989]

    PERLIS

    Bil. Punca Kuasa
    1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.8/1993]
    2. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.9/1993]
    3. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991 [Ps.P.U.1/1991]

Continue reading

Hari Kerjaya SPA

Hari Kerjaya SPA


Hari Kerjaya SPA

Merupakan program bersemuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang dijalankan secara tahunan. Program ini akan dianjurkan dalam skala yang kecil di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Objektif

  1. Menjadikan program Hari Kerjaya SPA sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan.
  2. Memberi peluang kepada orang awam di lokasi penganjuran mendapatkan maklumat secara terus / bersemuka berkenaan dengan urusan-urusan di bawah SPA.
  3. Memupuk minat di kalangan orang awam untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai bidang kerjaya.
  4. Memberikan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai tatacara permohonan jawatan secara online.
  5. Memberikan taklimat kepada orang awam mengenai tips dan panduan menghadiri temuduga dan peperiksaan online.

Pengisian Program

1. Taklimat kerjaya oleh pegawai-pegawai SPA mengenai permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam meliputi :

  1. Panduan memohon jawatan melalui sistem SPA.
  2. Panduan persediaan ujian online atau fizikal di bawah SPA.
  3. Tips dan panduan menghadiri temu duga SPA.

2. Kaunter Khidmat Nasihat SPA meliputi;

  1. Semakan Permohonan Jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah).
  2. Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil).
  3. Panduan peperiksaan online dan fizikal di bawah SPA.
  4. Panduan pengisian permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
  5. Lain-lain urusan melibatkan khidmat nasihat di bawah SPA.

3. Pameran info dan maklumat di bawah SPA.

Penyertaan

Hari Kerjaya SPA adalah terbuka untuk disertai terutama kepada pelajar dan pencari pekerjaan yang berminat untuk memohon pekerjaan di bawah bidang kuasa SPA. Maklumat penganjuran Hari Kerjaya SPA akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi SPA dan media sosial SPA terutamanya di FB SPA.

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan tips, panduan dan maklumat secara terus dengan SPA. Kenali SPA dengan lebih dekat dan jelas.

#carikerjaSPA, #SPAdanAnda dan #seharibersamaSPA

Continue reading

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Nama : Puan Sharenawane Binti Hussin
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon : 03-8091 9005

Peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Digital (CDO)

1. Bertanggungjawab kepada Setiausaha SPA dalam melaksanakan tugas-tugas dan keperluan yang melibatkan teknologi digital.

2. Meneraju inisiatif pendigitalan di SPA melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.

3. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.

4. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di SPA berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.

5. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus SPA sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.

6. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) SPA dengan:

a. Memastikan PSP SPA selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
b. Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) SPA tersedia.
c. Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.

7. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.

Continue reading

Glosari

Glosari

Urusan Pengambilan

BIL. DEFINISI PERKATAAN PENERANGAN
1. Call Circular Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

 

BIL. SINGKATAN PENERANGAN
1. CFS Contract for Service (CFS):-
CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.
2. COS Contract Of Service (COS):-
COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:

I. Peruntukan OS11000 – Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.

II. Peruntukan OS29000 – Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan.
3. eCR Sistem Change Request:-
Sistem Change Request (eCR) dibangunkan bagi memudahkan pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuat aduan berkaitan sistem yang digunakan di SPA. Sistem ini merekodkan semua urusan penyelenggaraan aduan dan segala pemakluman berkaitan aduan melalui e-mail yang dijana secara automatik. Sistem eCR juga menjana beberapa laporan yang berkaitan untuk kegunaan dan rujukan bahagian-bahagian dan ianya boleh dicetak. Sistem ini turut membenarkan pengguna untuk menyemak status aduan lama dan baru yang telah dilaksanakan.
4. eKS Sistem Kertas Suruhanjaya Elektronik :-
Sistem yang digunakan untuk memaparkan kertas-kertas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
5. eSISRAF Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam: -
Sistem yang diselia oleh MQA ( Agensi Kelayakan Malaysia) bagi menyemak status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam.
5. eSMSM Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik :-
Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) telah dibangunkan sejak tahun 1996 bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjalankan fungsi lantikan ke perkhidmatan awam. SMSM merupakan satu sistem pengurusan pengambilan kakitangan ke perkhidmatan awam yang bersepadu. Sistem ini merangkumi keseluruhan proses urusan pengambilan bermula daripada proses pendaftaran calon hingga ke proses tawaran.
6. eTapis Tapisan keutuhan melalui 6 agensi (SPRM/ JPA/ Insolvensi/ JPN/ PDRM/ CGSO/AADK) berkaitan Semakan Kewarganegaraan, Bangkrup, Rekod Jenayah, Rasuah, Dadah, Tatatertib Buang Kerja
7. eVetting Permohonan tapisan keselamatan kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
8. JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
9. JSKT Jawatan Sementara Kontrak Tetap (15 tahun)
10. KPSU Ketua Penolong Setiausaha
11. KPT Ketua Pembantu Tadbir
12. LFM Lembaga Farmasi Malaysia
13. LT Lantikan Terus : -
Calon yang belum berkhidmat di Kementerian/ Jabatan sebagai Tetap/ Sementara/ COS/CFS/ PSH
14. LTD Lembaga Temu Duga :-
Lembaga Temu Duga terdiri daripada Panel-panel yang dilantik untuk menjalankan urusan temuduga sesuatu perjawatan berdasarkan permohonan Kementerian/Jabatan.
15. MMC Malaysia Medical Council ( MQA) / Majlis Perubatan Malaysia :-
Antara fungsi Majlis Perubatan Malaysia adalah untuk memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta Perubatan 1971 secara adil dan berkesan.
16. MQA Malaysian Qualifications Agency (MQA) / AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA :-
Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA adalah badan berkanun di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Kelayakan Malaysia 2007 untuk memberi akreditasi program akademik yang disediakan oleh institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan pasca menengah atau lebih tinggi dan memudahkan pengiktirafan dan artikulasi kelayakan
17. MyGIM Aplikasi permarkahan temu duga :-
Antara objektif MyGIM ialah menyediakan platform kepada Pengerusi / Wakil Jabatan untuk membuat pengisian markah temu duga secara online,mempercepatkan proses penghantaran perakuan secara online dan Proses pemarkahan dibuat secara telus dan sistematik.
18. PB Perkara Berbangkit : -
Urusan / perkara berbangkit yang memerlukan pertimbangan/keputusan hasil daripada Mesyuarat Suruhanjaya SPA.
19. PBM Pihak Berkuasa Melantik
20. PG Bahagian Pengambilan
21. PK Bahagian Pengambilan Khas
22. PLP Penyata Lembaga Permulaan : -
Kertas Cadangan yang disediakan untuk menetapkan asas tapisan pemilihan calon mengikut keperluan Kementerian/ Agensi.
23. PPA Pegawai Perhubungan Awam
24. PPT Penolong Pegawai Tadbir
25. PSB Pegawai Sedang Berkhidmat : -
Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dengan Jabatan/Agensi/Kementerian dibawah Kerajaan Malaysia secara tetap atau kontrak.
26. PSH Pegawai Sambilan Harian : -
Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal)
27. PSL Peningkatan Secara Lantikan : -
Pegawai yang telah lulus peperiksaan khas yang ditetapkan dan boleh dinaikkan pangkat namun masih perlu menjalani tapisan temuduga yang sama bersama calon PSB(Pegawai sedang Berkhidmat) dan Orang Awam.
28. PSU Penolong Setiausaha
29. PSUK Pejabat Setiausaha Kerajaan
30. PT Pembantu Tadbir
31. SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
32. STP Sistem Tawaran Pelantikan
33. SU Setiausaha
34. SUB Setiausaha Bahagian
35. Tapisan Akhir Tapisan yang melibatkan CGPA/ Bidang/ Umur/ Jantina yang diperlukan oleh Kementerian/ Jabatan
36. Tapisan Awal Tapisan mengikut skim perkhidmatan
37. TK Tingkat Keutamaan / Ranking
38. TSU(P) Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

Continue reading

Panduan Temuduga

Temu Duga

Panduan Temu Duga

  • Persiapan Menghadiri Temuduga

    Semasa hadir temu duga:

      1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

        1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
        2. SPM/ SPMV/ SVM;
        3. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
        4. skrol dan transkrip akademik bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
        5. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
        6. skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
        7. slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
        8. surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
        9. Kad Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
        10. sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
        11. sijil kegiatan luar;
        12. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan seperti di Lampiran A - Pengesahan Ketua Perkhidmatan dan juga Lampiran D - Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan , LNPT terakhir calon untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun. Dokumen LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan/ Kementerian sebelum dibawa oleh calon ke pusat temu duga; dan
        13. salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
      2. Anda juga dikehendaki:

        1. melengkapkan resume di pautan MyResume;
        2. memuat naik:
          1. gambar, MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
          2. sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
          3. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
        3. membawa senarai semak temu duga daripada sistem MyResume serta pengiktirafan kelayakan akademik daripada MQA, Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam. Sekiranya kelayakan dalam negara yang dicari tidak ditemui, mohon rujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk carian lanjut; dan
        4. mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
      3. Kegagalan tuan/puan untuk mematuhi perkara 1, 2, mengemukakan maklumat palsu serta kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti di LAMPIRAN A boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
      4. Tuan/Puan hanya dibenarkan berada di pusat temu duga tidak lebih awal 30 minit dari masa yang dijadualkan bagi tujuan penjarakan sosial.
      5. Sila cetak Surat Pengesahan Panggilan Temu Duga bagi menghadiri urusan temu duga ini.
  • Surat Panggilan

    Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel dan semakan di Portal Rasmi SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Latihan Separa Perubatan) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau layari Portal Rasmi SPA di www.spa.gov.my.

  • Tips Temuduga SPA

Continue reading

Pusat Temu Duga

Pusat Temu Duga SPA

Pusat Temu Duga SPA

  • 1. Pusat Temu Duga SPA Kangar, Perlis

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kangar, Perlis
    No. 2 Aras 1, Blok A, Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perlis, Jalan Seri Sena, 01000 Kangar, Perlis
    Telefon : +604 9777297

      
  • 2. Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah
    Aras 8, Wisma Persekutuan Alor Setar
    Jalan Kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah
    Telefon : +604 7364033

      
  • 3. Pusat Temu Duga SPA Georgetown, Pulau Pinang

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Georgetown, Pulau Pinang
    2B-SPA-3.11, Aras 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC),
    Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
    10000 George Town, Pulau Pinang
    Telefon : +604 2612240

      
  • 4. Pusat Temu Duga SPA Ipoh, Perak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Ipoh, Perak
    Lot 29 & 31, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar,
    30300 Ipoh,Perak
    Telefon : +605 2461568

      
  • 5. Pusat Temu Duga SPA Putrajaya

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Putrajaya
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Aras 2 dan 12, Blok F1, Kompleks F, No.2, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62000 Putrajaya, Malaysia.
    Telefon : +603 8091 9000

      
  • 6. Pusat Temu Duga SPA Seremban, Negeri Sembilan

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Seremban, Negeri Sembilan
    Lot L1.05 & L1.06, Tingkat 1,
    UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,
    Jalan Kuala Pilah, Ampangan
    70400 Seremban, Negeri Sembilan
    Telefon : +604 7364033

      
  • 7. Pusat Temu Duga SPA Ayer Keroh, Melaka

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Ayer Keroh, Melaka
    Aras 1, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC,
    75450, Ayer Keroh, Melaka
    Telefon : +606 3171075

      
  • 8. Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru, Johor

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru, Johor
    Aras 3, Lot L3-UTC-06 & 07
    Galleria@Kotaraya, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Trus
    80000 Johor Bahru,Johor
    Telefon : +607-2072202

      
  • 9. Pusat Temu Duga SPA Kuantan, Pahang

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuantan, Pahang
    Lot 5-01 & 5-02, Tingkat 5, Mahkota Square. Jalan Mahkota
    25000 Kuantan, Pahang
    Telefon : +609 5051142

      
  • 10. Pusat Temu Duga SPA Kuala Terengganu, Terengganu

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuala Terengganu, Terengganu
    Lot No. 25, 26, 27 dan 28,
    Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi Fasa 1,
    20000, Kuala Terengganu, Terengganu
    Telefon : +604 7364033

      
  • 11. Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu,Kelantan
    Lot 1211, Tingkat G, 1 & 2
    Jalan Pengkalan Chepa
    15400 Kota Bharu, Kelantan
    Telefon : +609 7440735

      
  • 12. Pusat Temu Duga SPA Kuching, Sarawak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuching, Sarawak
    Lot 28, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak (UTC),
    Bangunan UTC Sarawak, Jalan Bukit Mata,
    93100 Kuching, Sarawak
    Telefon : +6082 240682

      
  • 13. Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak
    No. 2 (Lot 9), Tingkat Bawah & 1,
    Lorong Dr Wong Soon Kai 20A,
    Jalan Dr Wong Soon Kai
    96000 Sibu, Sarawak
    Telefon : +6084 342346

      
  • 14. Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak
    Lot A5, Aras Bawah
    Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri
    Lot 526, Jalan Kwang Tung
    98000 Miri, Sarawak
    Telefon : +6085 424862

      
  • 15. Pusat Temu Duga SPA Kota Kinabalu, Sabah

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kota Kinabalu, Sabah
    Aras 1, Blok A,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
    Jalan UMS/Sulaman, Likas,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    Telefon : +6088 488922

      
  • 16. Pusat Temu Duga SPA Sandakan, Sabah

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Sandakan, Sabah
    Tingkat 2, Wisma Persekutuan Sandakan
    Batu 7, Jalan Labuk,
    90500 Sandakan, Sabah
    Telefon : +6089-660734

      
  • 17. Pusat Temu Duga SPA Tawau, Sabah

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Tawau, Sabah
    Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Tawau,
    Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
    91000 Tawau, Sabah
    Telefon : +6089-776236

      

Continue reading

Program

Program

Bengkel Tata Kelola Urusan Tatatertib

  • Tujuan
    1. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran menguruskan tindakan tatatertib
    2. Saluran mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara urusan tatatertib
    3. Membantu pengurusan tatatertib yang cekap dan berkesan
  • Perkhidmatan Ditawarkan
    1. Panduan tindakan tatatertib dan rayuan tindakan tatatertib
    2. Panduan penyediaan dokumen tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib
    3. Panduan dan nasihat umum peraturan, tanggungjawab dan hak penjawat awam
  • Perundingcara Pegawai Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Penyertaan Terbuka kepada penjawat awam dan agensi berkaitan.
  • Urusan Dibuka pada :
    1. Waktu pejabat sebaik-baiknya dengan temu janji
    2. Talian internet melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam SPA atau SISPAA SPA
    3. Talian telefon melalui nombor 03-8091 9000

Continue reading